Esok pagi pagi lagi dipejabat aku terima satu panggilan, rupanya dari kawan Alia yang asyik merenung aku semalam , dia minta alamat tempat aku bekerja katanya mahu menghantar ubat batuk dari negara China yang baru dibelinya ketika dia melawat negara tersebut seminggu yang lepas ,dari situ mulalah persahabatan aku bersama D.Dalam tempuh tiga bulan D menyuarakan hasratnya untuk membawa aku bertemu ibu dan keluarganya. Memang tidak ku duga pertemuan pertama dengan ibunya membabitkan rasa sayang ibunya terhadap aku, “Tiz sudi ke jika anak makcik menikahi Tiz” spontan ibunya menanya aku, aku diam seketika dalam hati aku berkata tujuan aku kesini bukan untuk dipinang sekadar aku memenuhi hayat D untuk melawat tempat lahirnya serta berkenalan dengan keluarganya hairan juga secepat kilat ibunya menyenangi aku untuk menjadi sebahagian dari keluarganya.”Mak Cik saya ini terlalu sibuk dengan kerja belum masa untuk saya…” Tiz fikir dulu kalau setuju tel makcik itulah kata kata ibu D . Dengan restu dan permintaan keluarganya akhirnya aku menerima D.Bermulalah kehidupan aku bersama D.

D adalah seorang yang sangat prihatin terhadap masa depan , semua keperluan dan kelengkapan disediakan tanpa aku meminta.Anak-anak bersama D semua berjaya dalam akademik dengan cemerlangnya.Aku seorang yang positf, impianku ingin melihat kejayaan demi kejayaan .Aku ingin menjadi contoh ibu mithali, sekarang aku berjaya walaupun tiada anugerah yang diiktirafkan, pernah aku ditanya kawan-kawan dan keluarga bagaimana aku berjaya mendidik anak-anak hingga berjaya, sedangkan aku terlalu sibuk dengan bisnes .Semenjak diawal perkhawinan aku sudah menanam semangat untuk memecah tradisi keluarga aku mahu memertabatkan kehidupan warisanku ,aku tahu kita dilahirkan sempurna dengan akal ,aku mahu sesautu perubahan aku ada impian aku ada wawasan maka aku harus mengejar impiandan wawasan itu walau sekalipun aku merangkak dan aku tahu tanpa semangat,didikan,galakkan,impian dan doa tidak mungkin kita perolehinya dan itulah kunci kejayaan,alhamdulilah Allah kabulkan doa,usaha dan impian ku.

Dalam pengurusan bisnes memang aku berjaya.D lah pemangkin keatas kejayaan itu dari seorang pemalu sehingga aku menjadi seorang wanita yang berjiwa gigih. Dalam masa aku meniti kejayaan demi kejayaan .D sering batuk-batuk siang malam pagi petang tanpa henti sehinggalah masuk tahun kedua D masih batuk sehingga fizikal tubuh D berubah ,beberapa doktor telah merawat D tapi masih juga batuk , Satu malam ketika aku terlena dibuai mimpi aku tersedar mendengar rintihan D seorang diri” mengapa kacau aku mengapa ganggu aku ” pelik aku mendengarnya .Esoknya aku sarankan agar D berubat dengan cara perubatan islam , aku paksa D akhirnya D setuju. Dalam masa sebulan berulang alik pergi berubat D semakin teruk sehingga tak boleh berjalan walaupun selangkah, “bawalah saya ke hospital” memang ku tunggu tunggu soalan D begitu kerna selama D sakit untuk ke hospital atau kemana saja berubat D tidak mahu, dengan tanpa banyak aku terus membawa D ke salah satu hospital pakar. D harus dibedah ,paru-parunya telah rosak. Aku tidak putus asa dari hospital aku masih terus dengan rawatan cara islam esok jam lapan pagi D akan kebilik bedah. Pagi sebelum dibedah misi datang memberi ubat .”Jangan lupa Puan jam lapan Tuan akan kebilik bedah” kata misi ringkas. setelah ubat diberi lebih kurang lima minit badan D terasa gatal yang amat sangat sehingga seluruh badan kemerahan, aku memanggil misi dan terangkan apa yang jadi dengan ubat yang diberinya.Misi menghubungi doktor dan doktor mengarahkankan untuk memberi ubat penawar untuk menghilangkan kemerahan itu. Pagi itu juga aku menghubungi Ustaz aku cerita apa yang terjadi sebentar tadi.”Tiz apa yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya, kita tunggu keputusan doktor disamping kita terus berdoa yang terbaik untuknya” bergitulah jawapan Ustaz yang sangat positif. Jam tanganku menunjukkan pukul lapan D telah bersedia untuk ditolak kebilik bedah,pelik juiga sehingga jam sebelas masih tiada seorang misi atau doktor masuk kebilik sehingga jam sebelas setengah baru doktor yang menjaga D melulu masuk” ada sesiapa beritahu Puan mengenai suami Puan ” aku terpaku ” kenapa doktor? balasku.”suami Puan tidak jadi dibedah hari ni kerna ubat yang diberi pagi tadi tidak sesuai dengan tubuhnya kami para doktor akan cuba mencari ubat yang sesuai untuknya baru kami dapat dapat melakukan pembedahan keatasnya hati ku berbisik sendiri inilah agaknya hikmah yang dikata ustaz dengan ku pagi tadi. Esoknya datang lagi seorang doktor pakar bedah pula, “selamat pagi Puan” mesra doktor itu menyapa aku.Selamat pagi balasku. Doktor melihat botol yg berisi nanah yang keluar dari paru-paru D, “bagus nampak positif kata doktor ringkas.Puan lihat tu didalam botol tiada keluar buih lagi.Maksud doktor aku minta penjelasan, ia menunjukkan luka paru-paru Tuan mulai tertutup dengan sendiri tp jangan kita terburu kegembiraan atas perkembangan ini kita harus tunggu dua minggu lagi untuk memastikan benar benar luka di parunya akan sembuh dengan sendirinya dan ubat akan diteruskan. Esoknya pagi lagi pakar bedah sudah datang lagi ,mungkin mahu melihat apakah masih ada buih dibotol itu, dari pintu lagi doktor telah mengusap dadanya ..” kenapa doktor nampak risau” aku menerjah dengan soalan tersebut.doktor senyum sambil berkata” saya bimbang Puan bimbang lukanya tidak tertutup.Hati ku berbisik lagi inilah sifat seorang doktor yang sangat mulia , ingin memulihkan pesakitnya apalagi seorang pesakit yang kririkal. Tiap hari tiga doktor akan datang melihat perkembangan suamiku .satu bulan D berada di hospital akhirnya dibenar pulang. Aku memanjatkan rasa syukur pada Allah dengan berkat kesabaran dan keyakinan dengan pertolongan Allah segalanya boleh berubah boleh sembuh tanpa pembedahan.Terma kasih Allah.

Diluar masih hujan, aku hubungi Alia dan mengajak Alia untuk makan malam bersama.Alia esok kau uruskan tiket untuk ke langkawi untuk semua staff adakan company outing disana selama tiga hari dua malam arahku ringkas.Seronok bukan kepalang staff-staff aku, mana tidaknya Alia menguruskan pakej lawatan,sukaneka dan belbagai acara.

Beberapa tahun berlalu bisnes berjalan seperti biasa,rutin harian ku memastikan semuanya okay tapi tidak ku duga tiba-tiba D jatuh sakit lagi,memang parah dari dulu kerna kejadian yang menimpa D berubah menjadi seorang yang amat sensitif dan pemarah, D hilang pertimbangan ,fikirannya menjadi celaru dan keliru kalau ku amati sehalus-halusnya seolah-olah D tiada penganggan dalam hidup,marah diatas apa yang menimpa dirinya.D lupa akan setiap ujian dari Tuhan pasti ada ganjaran dikemudian hari.D tidak redha sama sekali malah aku dipersalahkan atas apa yang berlaku pada dirinya.Setiap hari D mengamuk marah tidak menentu.

Kalau ku ceritakan tidak ada siapa yang percaya biarlah ia tersimpan erat dalam kamus hidupku, biar aku menanggung semuanya, macam mana sekali pun D mengamuk ,D mencerca ,aku masih dapat menyejukan hati ku walaupun aku menanggis sendirian biar aku telan semuanya ,aku tetap aku , biarpun melanda tiupan ribut aku pasrah aku reda kerna aku pasti hatiku bagai wanita sesejuk embun. Setelah sekian lama aku terima tekanan demi tekanan D ghaib dalam hidupku .. sehingga kini aku sendiri tidak mengerti mengapa segalanya berubah? dengan sifat dan sikapnya menjadi semakin angkuh aku tidak dapat menerimanya kerna jiwa aku akan memberontak jiwa ku akan menanggis jiwa aku sengsara melihat perilaku sedemikian , dan biarlah aku hidup begini hidup tanpa kasih.Kerna aku lebih bersemangat untuk menghadapi hari esok tanpa jiwa yang bercelaru dan sakit.

Semoga dari apa yang aku lalui bertambah kuat imanku bertambah cekal hatiku . Ya Allah segala puji bagi Mu dan dengan nikmat-Mu segala kebaikan menjadi sempurna.