Bermuda Triangle
4:10 PM
Apa yang terdapat di Bermuda Triangle?
Dikatakan apabila anda berada di sana, kompas tidak lagi menujukkan
arah ke utara. Anda dikira 'hilang' . Satu lagi tempat dikenali
sebagai "Devil's Sea" oleh ahli pelayaran Jepun dan Filipina terletak
di luar dari kawasan pantai laut Jepun, juga dikatakan memiliki keanehan serupa.
Pada ketinggian 25,300 kaki dan masih mendaki untuk mencapai 29,000
kaki, sebuah jet turbo yang dikendalikan oleh Verdi dan Lukaris
kelihatan okey. Radar di menara kawalan masih menujukkan di mana
mereka berada. Semuanya kelihatan normal. Tiba-tiba ia ghaib begitu
sahaja, seolah-olah tidak pernah wujud sebelum itu. Tidak ada
tanda-tanda menunjukkan ia jatuh ke laut atau menghadapi apa-apa
kesukaran. Ia tiba-tiba ghaib!
Apa yang sebenarnya berlaku?
Teringat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya, "Apabila salah seorang
berada di tempat yang terbuka atau di tengah matahari sedang bersinar,
lalu bayangan yang meneduhinya bergerak sehingga sebahagian dari
dirinya terletak di tempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk,
maka hendaklah dia berdiri (meninggalkan tempat itu)."
Dikatakan, larangan ini kerana tempat seperti itu adalah tempat yang
paling digemari oleh syaitan. Jadi apa kaitannya dengan Bermuda
Triangle? Kawasan ini terletak di perairan Atlantik di pertengahan
antara benua Amerika Utara dengan Afrika. Secara mudah, lokasi ini adalah kawasan
pertembungan dua arus panas dari Afrika dan sejuk dari Amerika Utara.
0 comments