Memori bersama ayah

12:41 AM

Semalaman aku asyik teringatkan ayah, ayah yang telah pergi buat selama-lamanya, di laman chat FB status tertera tertulis “Satu dalam sejuta” disertai dengan potret ayah. Masih segar dalam ingatan, saat-saat manis bersamanya, waktu ayah pulang dari kerja ayah pasti menimang dan mencium-cium pipiku , masa itu aku baru berusia lima tahun, dengar saja bunyi kereta ayah akan ku lari menuju ke halaman melompat-lompat keriangan menyambut kepulangan ayah, Aku, kakak dan abang semua tidak pernah dimarahi ayah sekiranya ada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan, ayah akan menegur dengan baik itulah cara ayah.

Mengimbas kenangan silam memori bersama ayah .Sautu petang ketika ayah berada berada di Ampang sedang ayah duduk bersama mak, ayah kelihatan termenung aku menghampiri ayah. Kata ayah, “Ayah sebenarnya tak mahu menyusahkan anak-anak”. Aku faham maksud ayah, ayah meluahkan perasaanya, aku kuatkan hati untuk tidak menangis ketika aku mengeluarkan kata-kata. “Ayah, ayah tidak pernah menyusahkan anak-anak, ayah jangan risau.. anak-anak semua sayang dan mengambil berat terhadap ayah, lihatlah kaki ayah tu dah bengkak, ayah harus ke hospital, biar doktor periksa, pergilah ayah, pergilah ke hospital”. Aku memujuk, ibu yang berada di samping ayah hanya membisu seribu bahasa.Akhirnya ayah bersetuju dengan cadangan aku untuk membawanya ke hospital. sesudah ayah diperiksa aku tanya doktor “macam-mana keadaan ayah saya doktor?. Ada yang tidak normal pada denyutan jantungnya adakala ia terhenti sesaat “. Lima hari ayah berada di hospital,ayah banyak berdiam diri. Ibu kata ayah tidak mahu berada di hospital lagi, aku faham dan tahu mengapa ayah mahu balik segera.

Beberapa bulan selepas itu aku teringin untuk membawa ayah melancong ke Pulau Langkawi. Sebenarnya ada sesuatu hendak ku lepaskan niat hati ku pada ayah, aku mahu meluahkan sesuatu pada ayah, kerana aku tahu ayah dalam dilema, kebingungan dan serba salah. Malam di Langkawi aku bersiar-siar ditepi kolam mandi duduk beristirehat bersama ayah dan Pak Mat. “Terang bulan malam ni ya ayah” ayah senyum padaku, aku perhati gerak geri ayah, nampak ayah lemah untuk berjalan jauh sedikit, aku mengambil buggy untuk kemudahan ayah aku membawa ayah bersiar-siar menikmati keindahan indah di chalet dimalam itu. Masih tak terkeluar lagi apa yang nak ku luahkan pada ayah. Esoknya aku ke bilik ayah, ayah sedang rancak berbual dengan Pak Mat, hati ku berbisik aku mesti luahkan apa yang selama ini terpendam dihatiku, aku mahu ayah gembira , aku mahu ayah tahu bahawa aku rela ayah menikahi lagi, aku bukan seorang anak yang mahu kecewakan harapan ayah dan aku tidak mahu ada rasa penyesalan dikemudian hari kelak, bukan aku tidak sayang emak tapi ayah ada hak dan aku tak mahu ada rasa bersalah, atau berdosa kalau aku menahan ayah. Aku kuatkan semangat dan menahan untuk tidak mengalirkan airmata. “Ayah apa saja ayah buat, saya tidak kisah, asalkan ayah bahagia . Saya mahu melihat ayah bahgia”. Aku tahu ayah faham maksudku, Pak Mat yang mendengar melirikkan senyuman yang penuh makna. Kata ayah pada Pak Mat, “Dengar itu Pak Mat, apa yang anak saya cakap tu tu. Apa dia kamu kata tadi?”, kata ayah sengaja mahu dengar sekali lagi ungkapanku ‘Asal ayah bahagia saya tak larang ayah’. Benar tekaanku ayah sangat gembira mendengar ucapan itu terpancar senyuman di wajah ayah, itu yang ayah harapkan dari anak-anak agar merestuinya, hati ini berbisik lagi cukuplah apa yang telah ku luahkan pada ayah, aku tak mampu untuk berbicara lebih dari itu kerna aku tak mahu menangis dihadapan ayah. Jiwa ku akan terusik jiwaku akan tersentuh sedih pilu kerna aku dapat rasa dan menyelami jiwa dan perasaan ayah juga.

Masih aku teringat masa ayah dan emak menginap dirumahku, “Ty kepala ayah berdarah ni” eh kenapa ni ayah? ayah terhantuk dipaip tadi. kalau darah masih keluar, kita pergi je ke klinik.. bila mak menghampiri ayah , “biar saja Aty yang buat” pinta ayah pada mak. Aku amat terharu kerna ayah mahu aku melayannya ayah mahu aku membelainya.

Satu malam setahun sebelum ayah pulang kerahmatullah aku terjaga dari tidur, aku menangis sekuat hati ,menangis teresak-esak persis budak kecil airmata berjurai-jurai membasahi pipi sehingga mengejutkan suami yang berada disebelah “Apa ni? Kenapa ni?” aku kata “Ayah, ayah, ayah”, sudahlah kamu bermimpi tu.. masih aku menangis dan terus menangis kerana aku tahu aku akan kehilangan ayah..itu firasat aku. Esoknya aku telefon ayah “Assalamualaikum” kebetulan ayah menjawab telipon itu, “Waalaikumussalam” jawab ayah. Aku terpaku mendengar suara ayah, aku bercakap dengan suara terketar-ketar… kerana apa yang dialami semalam sangat merisaukan aku tentang keadaan ayah. “Ayah mak sihat?”aku cuba mengelak dari terus berkata sebab aku bimbang ayah akan menanya apa yang aku menerima dan hadapi semalam, sebab aku tahu semalam bukan mimpi tapi ia satu pesanan untukku.” itu saja yang kamu mahu cakap? tak mahu cakap dengan ayah?” aku jawab dengan nada tersekat-sekat ” ia ayah , ayah sihat? nanti Aty telipon ayah lagi” dan aku cepat cepat minta izin untuk mengundur diri. Semenjak itu aku mengambil keputusan akan pulang selalu menjenguk ayah dan ibu, aku tahu malam itu ayah benar-benar datang memberitahu aku bahwa ayah akan sakit dan akan pergi meninggalkan dunia ini .

Benar apa yang ku jangka, beberapa bulan selepas itu ayah jatuh sakit, malam terakhir ayah di hospital giliran aku menemaninya, malam itu aku membaca surah Yaasin disisi ayah, ayah pegang erat tangan ku cukup kuat gengaman ayah, aku cium ayah aku belai ayah, aku beritahu ayah bahawa aku amat meyayanginya, ayah masih pegang erat tanganku. Ya Allah betapa aku bersyukur pada Mu, kerana Kau anugerahkan aku seorang ayah yang amat baik. Ayah sampai akhir hayat ku ayah tetap tersemat dihati ini, aku puas ayah kerana aku dapat mengembirakan hati ayah, ingatkah ayah waktu di Pulau Langkawi, aku redha dengan kehendak ayah, asalkan ayah bahagia aku tak membantahnya aku cium ayah lagi aku usap dahi ayah dan itulah kata-kata ku pada ayah, aku tahu ayah mendengarnya. Aku capai Yasin dan teruskan bacaan sehingga aku terlena, tapi ayah cuba memanggil aku dengan mengeluarkan bunyi suara yang tersedak sedak ,aku lihat jam hampir pukul lima, “ayah izinkan saya tidur sebentar” ayah pegang tanganku, ayah gengam kuat-kuat, aku memberi isyarat dengan membalas gengaman ayah. Aku tahu ayah masih mahu aku melayani dan menemaninya sampai pagi.

Jam sembilan pagi doktor telah sampai seperti biasa doktor periksa ayah, kata doktor esok ayah bolehpulang. Adik ku pun sampai untuk mengambil giliran menjaga.

Malamnya adikku datang lagi menemui aku untuk menemaninya ke hospital. Sesampai di hospital aku hampiri ayah, tiba-tiba aku lihat dahi ayah berpeluh-peluh, wajah ayah tenang setenang air dilaut. Eh! nape pulak ayah berpeluh, aku panggil misi, misi datang menghampiri aku..”Misi kenapa ayah saya berpeluh ” aku tanya, misi membisu tanpa berkata cuma mengambil tekanan darah ayah, wajah misi nampak suram, aku pandang pula kearah ayah ku lihat ayah tenang setenangnya, aku mengambil air zam-zam menitis sedikit ke mulut ayah,aku sapukan air zam-zam keseluruhan muka dan badan ayah, aku terus membaca tiga Qul ke telinga ayah, aku lihat mata ayah mencari sesuatu dan terus pandang kesatu arah tanpa berkelip, oh tidak hatiku berkata, sudah sampai ayah akan pergi meninggalkan semuanya..lailahaillah ayah… Adikku menghampiri ayah membisik kalimah syahadah ke telinga ayah, doktor bergegas membantu ayah tapi Allah lebih menyayanginya, aku redha. Ya Allah aku bersyukur Pada Mu perginya ayahku bagaikan selembut sutera.

Ayah selama aku hidup bersama ayah, ayah tidak pernah memarahi apa lagi menyakiti hati ku, ayah punyai seketul hati yang sangat bersih , kasih sayang yang ayah curahkan tidak akan lupa ku hingga akhir hayatku. Jasa dan kebaikkan ayah pada masyarakat tetap diingat.

Walaupun ayah punyai anak yang ramai, ayah tidak pernah membezakan kasih sayang kami, ayah bersikap adil dalam apa jua. Ayah mendidik kami dengan sempurna, ayah sering menasihati kami ayah sering melemparkan senyuman pada kami, ayah sering memberi kami nasihat agar kami jadi manusia berguna pada agama dan bangsa. Terima kasih ayah kerana ayah memberi kami kebahagian erti sebuah kebahgian yang sebenar-benarnya.

Pada Allah aku berdoa agar roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang-orang yang soleh amin.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe