Kisah benar

2:48 PM

"Hi mama", aku lihat anak angkat aku dari Afrika Sam muncul lagi , kerana aku dah hampir 6 bulan tidak temuinya semenjak dia pulang ke Africa. "Hi Sam, kemana awak menghilang? " Sam senyum dan memperkenalkan aku dengan kakak Sam . Mama dalam keadaan yang amat kritikal, saya pergi ke Cape Town semata-mata ingin bertemu sesaorang seperti saya ceritakan beberapa bulan lepas. Jangan tunggu lama -lama. Kata Sam, orang tau dari Cape Town akan datang dua minggu lagi, seperti yang dijanjikan tepat waktu orang tua dari Cape Town tiba di Malaysia, maaf mama yang hadir bukan orang tua yang berusia sembilan puluh tahun tu menurut Sam Orang tua itu tidah sihat dan digantikan anaknya yang bernama Dr Muhammad. Seperti dijanjikan aku dan seorang kawan baik ku menemui Muhammad . sampai ke sebuah kondominium aku menekan loceng dan disambut dengan ucapan salam.aku padang sesama sendiri , kami pun di persilakan masuk, aku lihat sekeliling tiada apa di dalam kondo itu hanya sebuah sofa, kami berempat Muhammad , aku , kakak Sam dan kawan aku. Setelah kami di ajak masuk Muhammad mencapai Al Quran dan memulakan bacaan. Aku terfikir siapa kah Muhammad?setelah hampir dua tiga puluh minit , tiba terdengar bunyi yang menyeramkan kan , disertai ribut dan angin kencang di luar. Aku padang sesama sendiri, Muhammad meneruskan bacaan sehingga hilaian itu tidak kedengaran lagi.Setelah semua selesai aku di terangkan apa sebenarnya yang telah berlaku pada aku, muhammad pesan jangan bimbang semuanya sudah selamat.

Sehingga sekarang aku tertanya-tanya siapakah Muhammad dari Cape Town, aku pernah bertanya Muhammad dari mana asalnya kata Muhammad dia berasal dari Africa, bapanya tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan ayah suruh saya mengantikan ayah semata-mata untuk bertemu mama. Aku terpaku! sehingga kini aku masih tidak mendengar berita darinya lagi.

Aku bersyukur pada Tuhan semenjak itu aku benar-benar sihat, terima kasih Tuhan kerana telah menyelamatkan aku.

0 comments

Subscribe