Siapa Orang Tua itu??

7:30 PM


Pagi itu aku bergegas untuk ketempat kerja kerna akulah kuli dan aku juga bos jadi segala pengurusan dan arahan didalam urusan dalaman aku lah yang bertanggungjawab , dengan mengendalikan tiga bisnes sekali gus.Aku ditanya oleh kawan-kawan tidakkah aku merasa penat atau letih untuk mengendalikan semua kerja-kerja tersebut? dan aku sering menjawab kerna minat ,dan aku tak pernah merasa bosan malah aku enjoy menguruskanya.. mungkin aku punyai pekerja yang profesional yang memudahkan urusan pejabat dan lain-lain. membuatkan aku tidak banyak masalah urusan dalaman.

Sesampai aku ke pejabat , ada pekerja yang sudah menanti untuk menanya itu dan ini ,sedang asyik aku berbincang dengan seorang pekerja muncul seorang lelaki yang sangat daif menghampiri aku, kata orang tua tu,”anak boleh beri atok air ,atok dahaga dah jauh atok berjalan”, aku renung wajah orang tua itu kulitnya bersih putih kemerahan, dalam hati berkata siapa lah orang tua ini macam cerita dogeng yang pernah aku dengar orang tua meminta air.aku perhati keadaan orang tua itu tangannya bercalar-calar dan ada kesan kotor dan memegang sebuah bakul yang berisi botol kosong,”boleh tok” jawab ku ringkas, atok mahu air panas atau sejuk. “apa-apa saja nak” jawabnya ringkas.Aku mengarahkan pekerja ku untuk membuat air. Aku tahu sebentar lagi aku ada urusan diluar dan terpaksa juga aku meninggalkanya , terasa sedih pun ada sebab hati ini ingin seketika bersamanya. Aku meneruskan lagi perbincangan aku dengan pekerja aku tadi.. sebentar aku menoleh orang tua itu duduk tercangkung ditepi dinding, lantas aku hampirinya aku pegang tangannya,”atok jangan duduk disini,disini kurang bersih, atok duduk dikerusi” dalam hati sayu dan terbit rasa sayang dan kesian pada diri orang tua itu, seketika aku menuju terus kekereta ,aku bergegas meninggalkan orang tua kerna aku harus menghadiri mesyuarat.Sehingga sekarang aku tidak tahu siapa orang tua itu, juga tidak pernah melihat orang tua itu sebelum ini.Tika petang aku pulang seorang pekerja aku menghampiri ,"Puan ada pesanan dari orang tua pagi tadi dia kirim salam dan mengucapkan terima kasih pada puan” Wa’alaikumsalam ,aku senyum dan terus berlalu dalam hati aku berbisik apakah orang tua itu akan menemui aku lagi...

You Might Also Like

0 comments

Subscribe