Dalam hati aku ada dia, dalam hati ku ada jiwa yang bersatu, bersatu dalam keinginan untuk selamanya.. dalam hati terpaut kasih suci seorang anak yang soleh..anak kecih yang bisa menjadi penawar dalam duka, dalam hati pernah berkata dialah segala-gala...sikecil yang petah berkata yang bijak dalam berbicara secara spontan kata-kata yang amat mengharukan hati sang ibu.."Ma.. terima kasih kerana menjaga Bella" bayangkan sikecil yang masih berusia empat tahun lebih, bisa menghargai sebuah kasih sayang . Alangkah terharunya seorang ibu mendengar ucapan dari si anak kecil.. dalam hati aku ada rasa kesedihan melihat si anak kecil terlantar lesu.. dalam hati ada harapan dan doa si anak kecil akan terus mengukir senyuman lagi.. arghh!!! bila melihat telatah dan kerenahnya yang sangat mencuit hati, si ibu gembira..si anak kecil kembali aktif , dalam cabaran selama lima hari amat mendebarkan amat mencemaskan. doa dan harapan adalah kunci kesempurnaan dalam kehidupan realiti.. Yang jelas , dalam hati ada dia.. i love you bella ..:)
...aku dalam perjalan menuju ke Kuala Selangor dalam perjalanan aku merasa ada kelainan semasa di jalanan, ada sedikit gegaran bumi memang terasa tapi ku diamkan sahaja, sesampai kerumah saudara di Sekinchan seorang umur berlari sambil memberitau, 'Pak ada gempa bumi ', kami berpandangan ..sebentar aku menerima panggilan , ' Ma, ada gegaran di hospital, dan bangunan bergoncang, balik segera ok' . Setelah duduk beberapa jam aku meminta diri untuk pulang ke Kuala Lumpur . Aku terus menuju ke hospita .." Hi" satu suara menerpa aku dari belakang, "hey, Nyonya, kamu buat apa di sini? ohh, suami aku masuk hospital ada di tingkat 10. Kebetulan aku mahu ketingkat 9, dalam sama-sama berjalan tu, nyonya bercerita lagi, "kau tahu tak, pagi tadi suami aku telepon suruh datang segera katanya ada hantu datang jumpa dia pagi tadi semasa suaminya sedang tidur katilnya bergoyang dikejut oleh hantu itu" pelik aku mendengar cerita itu , dalam hati berbisik ..eh!! ada hantu ke di hospital ni?, " Nyonya mana ada hantu pagi pagi hari kata ku ringkas" Nyonya senyum terus memasuki bilik suaminya, " ok, nanti jumpa lagi', aku pun bergegas pergi berjumpa saudara yang juga sakit, sambil berjalan aku senyum sendirian memikirkan cerita Nyonya itu, apa yang aku diberitahu akibat gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh ,telah berlaku tsunami dan Malaysia antara yang terkena gegaran dan hantu yang datang berjumpa suami Nyonya itu adalah kerana goncangan bangunan akibat gempa bumi tersebut...
...manusia perlu ada persefahanan dalam apa jua perbincangan, mesti ada sikap toleransi , mesti ada sikap hormat menghormati . Aku suka melihat keletah manusia, adakala aku senyum sendirian adakala membuat aku berfikir adakala membuat aku menangis.
Jiwaku cintakan keharmonian, jiwaku cintakan kedamaian, jiwaku bencikan permusuhan, jiwaku bencikan manusia yang ego dan jiwaku bencikan manusia yang bersikap biadap..oh Tuhan, tunjukan hamba-hamba mu kejalan yang diredhai...

In
Mulut Tiong
...kali ini Mulut Tiong nak masuk blog Aura Dya nak tumpang sekaki, meroyan abis-abisan.. tapi bukan jadi mulut Murai .
Mulut Tiong nak luahkan perangai manusia zaman la ni,tak kira siapa, orang tua ke , budak ke, dimana saja , sudah lama Mulut Tiong dok perhati jenis-jenis orang yang biadap , jangan salahkan mak bapak, mak bapak dah ajar dah nasihat, salahkan diri sendiri kalau dah besar panjang akal dah cukup tapi otak macam lembu, sendiri mau ingat , lu fikirlah sendiri !!! mulut macam mulut bangkai, mulut longkang, kalau dah tak ada sifat malu sifat hormat pada orang tua, tak ada perasaan kasih sayang duduk saja dalam hutan, Mulut Tiong nak bagi tau orang macam tu pasti akan hidup dalam buangan masyarakat. Masyarakat pun tak sudi nak merapatkan diri dengan orang yang macam tu..dimana sensitivitinya? kalau dah biadap, tidak ada yang suka dekat, .ingatlah sikit oiii... perangai yang biadap tu tak akan bawa kemana.. rugi seruginya..perangai memalukan saja, macam tak berpelajaran, apa hebat sangat ke kalau buat kurang ajar tu???? kalau kurang ajar dengan kekawan .. kawan pun kalau nampak tembelang perangainya yang buruk ..emm tak tau nak cakap so fikir-fikirlah sendiri. Cuma Mulut Tiong nak bagi tau pada orang yang biadap memang tidak ada harga diri, memalukan diri sendiri ....hampas, sehampas hampasnya!
kisah benar yang berlaku di Johor Bahru beberapa tahun yang lalu.
Kisah ini di ceritakan AC sendiri. Malam itu hujan renyai-renyai sesekali diiringi bunyi guruh dan petir, jam menunjukkan pukul dua pagi, tiba-tiba sedang AC sedang asyik membuat kerjanya, sayup-sayup kedengaran ketukkan pintu, "siapa pulak yang datang tengah-tengah malam ni". Masih kedengaran pintu itu diketuk lagi, oh..pasti ada insan yang sedang dalam kesusahan bisik hati kecil ku. Lantas aku bingkas bangun menuju ke pintu.Asalamualaikum kedengaran bunyi suara orang memberi salam,"Wa'alaikumsalam, jawab AC ringkas sambil membuka pintu" Encik boleh tolong saya kerna kereta saya rosak dijalanan, kata seorang wanita yang berkebaya putih dan nampak wajahnya yang sungguh cantik. AC jadi tidak keruan, mungkin kerna terkejut dengan kehadiran wanita cantik ditengah-tengah malam itu " Tolonglah Encik" . Wanita ityu merayu minta simpati, AC kebingungan, kalau tidak tolong kesian pulak wanita ni, apa lagi ditengah malam begini, tanpa fikir panjang AC hanya mengangguk tanda persetujuan untuk memberi pertolongan. "Baiklah" jawab AC ringkas. "dimana kereta Cik ?" , "tidak jauh dari sini", jawap wanita itu, AC mengambil lampu picit dan menutup pintunya dan terus berjalan seiring dengan wanita itu, hujan masih turun."Mana kereta ? AC menanya wanita itu lagi. "Di hujung sana Encik tidak jauh dari dari sini" jawab wanita itu. Sambil berjalan wanita itu memberitahu namanya Tengku Farida. AC hanya mendiamkan diri, dalam hati AC ada juga perasaan takut. Hah! tu kereta saya, memang kelihatan sebuah kereta berada ditepi jalan , AC menghampiri kereta tersebut, cuba Encik periksa dalam kereta, AC cuba hidupkan enjin kereta tapi tak berfungsi..oh! memang rosak kereta ini, AC keluar dari kereta, tidak tahu apa yang harus AC buat, kata wanita itu, "ambil spanar ini". AC mengambilnya dan terus menuju ke enjin kereta, AC cuba mencari dimana punca menyebabkan kerosakan itu, Wanita cuba hidupkan enjin ketika AC cuba membaikinya, tiba-tiba enjin kereta itu hidup dan terus bergerak laju meninggalkan AC sendirian, AC terkejut dengan apa yang berlaku didepan matanya, spanar yang ada ditangan nya di campak jauh - jauh ditanah perkuburan yang memang terdapat disitu, petir dan kilat tak henti-henti sambung menyambung, tanpa berlengah AC terus pulang kerumah dengan seribu satu soalan..siapakah wanita berkebaya itu???

Sepi
..termenung aku dijendela mengingatkan TC ...diluar masih hujan, hampir seminggu hujan lebat disertai petir dan kilat..arghh!! aku terasa sangat sepi tanpa TC.
TC sibuk dengan tugasannya, aku pula sibuk dengan urusan aku .... dua hari aku dan TC menyepi dan menjauhkan diri, dua hari tidak bertegur .. tapi dalam hati aku tau TC masih ingati diriku. Hari ketiga TC mengirim berita menanya khabar aku dan keluarga.Aku dapat rasa suasana yang hampir tegang akan kembali pulih...Aku berdoa Semoga aku dan TC akan terus berkekalan kekal hingga keakhir hayat...

Tsunami...
Bencana Tsunami di Jepun berlaku pada : 11/03/2011.
..betapa dahsyatnya kejadian alam yang menimpa Jepun. Kapal-kapal, bangunan dan kenderaan umpama barang mainan kanak-kanak, hanyut dibawa gelombang tsunami. Becana tersebut melibatkan hampir sepuloh ribu nyawa terkorban.
Bencana tsunami banda Aceh Indonesia berlaku pada : 26hb/12/2004
Telah melibatkan ratusan nyawa terkorban. Akibat bencana itu banda Aceh bagaikan padang jarak padang terkukur.
In
Kasih ibu
Semalam ibu lapar ya..sering ibu minta makan dan minum, ibu kata lapar, manjanya ibu persis anak kecil, aku memujuk supaya ibu dapat bertahan kerna pemeriksaan akan dijalankan oleh Doktor. Ibu segala ku lakukan kan kerna tanggungjawab ku terhadap ibu, sabar ya ibu, insyallah ibu akan sihat dan kita akan pulang ke Johor Bahru, akan ku lapangkan masa buat ibu biar tergendala kerja-kerja aku, ku tahu walaupun ada insan yang mungkin berkecil hati, aku rela kerna kasihnya aku pada ibu, dan aku tidak mahu tergolong di antara anak yang digelar durhaka, ibu harus dijaga dengan penuh perhatian, Jiwa ku dapat merasa betapa ibu mengharapkan belaian dari anak-anak ibu.
Ibu, aku senantiasa berdoa agar ibu sihat selalu, aku rindu gurau senda ibu, senyum ibu dan kasih sayang ibu, sayang ibu!!
In
Uji
Kalau nak cakap pasal ujian di dunia ini aku kira aku juga diantara berjuta manusia yang telah menerima ujian dari Tuhan Yang Maha Esa, alhamdulilah aku bisa mengaturnya dengan baik sekali, walaupun ia amat berat tapi aku iringi dengan penuh keikhlasan dan redha, aku masih ingat lagi ibu ku pernah menanya pada ku, " aku lihat begitu hebat dugaan mu kau masih lagi dapat mengukir senyuman , masih ku ingat lagi kata-kata ibu , balas ku "Emak aku redha dengan ketentuan ilahi, aku hanya mampu berdoa memohon pertolonganNya", Segala ketentuan ku serahkan padaNya. Aku tahu Tuhan akan menguji aku berdasarkan kemampuan hambaNya . Aku juga percaya, dengan ujian itu tandanya Allah mengasihi hamba-Nya dan mahu menjadikan hamba-Nya itu lebih baik daripada tahap sebelumnya. Cuma, aku tidak pasti andainya aku melalui ujian itu dengan baik atau tidak . Aku tidak tahu?
Aku akan terus bersabar menjalani episod kehidupanku demi cinta dan syukur padaNya , sesungguhnya Tuhan yang punya segala kebaikan yang tidak terhingga banyaknya...
In
Perjalananku
dalam sebuah perjalanan, manusia diamanahkan pada sebuah Perjuangan, perjuangan dalam kehidupanan didunia... terimalah dengan kekuatan dengan kesabaran dengan rasa syukur dan redha..kadang-kadang sakit yg mendatang,adakala kawan, saudara kekasih tidak sehaluan, adakala kita capai apa yang kita hajat, adakala kita gagal...oh!rupanya itulah ujian dari Allah, yang kita tidak sedari....jadi kita cepat-cepat untuk mencari jalan yang lurus agar kita dapat mencapai keredhaan illahi, kita masih senyum tapi senyum kerana terluka..senyum kerna kita berjaya menempuhnya, Kawan..takutlah kepada ALLah , janji telah tepatri, jangan sampai kesusahan menimpa dan hingga dapat membelenggu kita..Ingatlah!
In
Renung
bila kita dikatakan sebagai hipokrit atau berpura-pura tentu ia amat terasa kalau kata-kata sedemikian tidak benar, kekadang kita terpaksa hipokrit demi keselamatn kita tapi tidak ada siapa yang tahu mengapa kita harus begitu...mengapa kita mengambil tindakan sedemikian bodoh, walaupun ia menjejas nama kita ianya kerna ingin mencari reality perhubungan yang jujur yang akan membawa kebahagian dikemudian hari kelak.. TC, aku memohon beribu maaf pada mu, maafkan aku kerna membuat kau berfikir dan binggung, tapi jangan kau khuatiri , apa yang aku lafaskan adalah benar sebenar-benar dan sejujur jujur, cuma aku ingin melihat sejauh mana kesangupan dan ketahanan kau dengan kerenah orang yang kau sayang..percayalah tiada konflik yang aneh, aku adalah aku yang senantiasa akan bersama mu, ingatlah janji kita pada Tuhan...itulah keikhlasan kita itulah cinta kita, cinta yang tidak dapat dirampas oleh sesiapa melainkan ajal. Jangan kau gusar sayang jangan kau ragu jangan kau bimbang, aku akan tetap bertemu kau bila masanya sampai, hajat mu akan ku tunaikan..aku bukanlah insan seperti yang di ungkapkan "Ego dan hipokrit " tidak sama sekali...telah ramai insan lain yang aku selamatkan dari kesusahan dan kepayahan kehidupan tapi cuma dengan mu TC aku uji dan terus uji hingga kau berjaya menahan kesabaran, aku uji lagi sehingga akhir kau kecundang lantas kau mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar oleh ku, tanpa kau sedari bahwa kata-kata itu telah menyedihkan insan yang sangat menyayangi dirimu, bagai peluru.. kau tujukan bertubi-tubi pada ku..aku sedih TC, tapi aku tetap cekal mengkuatkan hati untuk tidak beralih hati , aku masih setia dengan mu , yang ku anggap memang kau insan yang teristimewa buat ku...dugaan demi dugaan kita tempuhi bersama , kita menangis kita ketawa bergurau, indah sekali, kita tempuhi segala liku-liku itu.
In
Hampa
Astarfirullah.. aku mengucap panjang mendengar kata-kata dari manusia yang sangat angkuh , aku berhadapan dengan seorang manusia yang sangat sombong hidup dimuka bumi ini, bicaranya bagai dirinya teramat agung dalam segala hal, ketakutan atau gentarnya dia dengan hukuman dari MahaPencipta.. sedikitpun tidak ditakutinya, na'uzubillah..Oh Tuhan! bisa apa lagi harus ku berkata pada Mu, bisakah aku hanya membisu seribu bahasa??? Oh Tuhan mengapa ada manusia yang hatinya keras , malah lebih keras dari batu???SsesungguhNya Allah Maha Pengampun Maha mengasihi dan Maha Penyayang, maka ku memohon pada Mu ampunkan lah dosa-dosa hamba Mu yang berbuat dosa di muka bumi yang di ciptakan ini..berilah kesempatan untuk hamba-hamba Mu ini bertaubat sebelum ajal menjelang..
Firman Allah yang maksudnya
"Hai orang-orang yang beriman! ingatlah Allah sebanyak-banyaknya Dan bertasbihlah kepada Allah diwaktu pagi dan petang.Dialah yang memberi rahmat kepada mu dan malaikatNya supaya mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman"

sabar sayang
In
Ubat Cinta!
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Seorang anak remaja sering mengeluh mengenai orang tuanya, orang tua yang hanya mementingkan dirinya sedangkan anak terbiar entah kemana, tidak pula ditanya mana dan kemana menghilangnya anakanak mereka pergi, kata remaja itu" saya bosan kak, sangat bosan sendirian dirumah, seolah-olah saya tidak ujud didunia ini, walaupun saya dilimpahi wang ringgit tapi tidak membawa erti bagi saya, sekiranya nya saya ini ditakdirkan dari keluarga susah..entah apa sudah saya lakukan " resahan dan keluhan itu diluahkan sambil air matanya mengalir, membuatkan surat blog terfikir, di mana kesilapan kedua orang tua itu??? punya anak tapi tidak diperdulikan, bila surat blog perhatikan anak remaja itu ia seorang anak remaja yang baik, dia punya semangat untuk memajukan dirinya walaupun kedua orang tuanya sering membiarkan is sendirian.Surat blog berkata sendirian "bertuah orang tuanya punyai anak yang baik perilaku walaupun tidak diambil perhatian kerna surat blog lihat anak remaja ini punyai pengangan hidup punya wawasan dan punyai cita-cita, walaupun hatinya hancur, dia tetap berdiri teguh dengan sendirinya dan tidak terikut dengan hayalan kawan-kawannya yang sering melepak hingga kesubuh, bertuah juga kedua orang tua nya mendapat anak yang sedemikian.Surat blog harap dengan kisah yang serba ringkas ini para ibubapa dapat mengambil perhatian bagi anak-anak, kata orang "Jangan sampai nasi menjadi bubur"
Pada anak-anak remaja pesan surat blog tanamkan semangat wawasan untuk kehidupan yang lebih terjamin tanamkan sikap positif dalam mengejar cita-cita, kerna sikap positif itu memberi semangat yang tiada bandingannya..Syabas remaja!!

"Satay "
Angin lembut di jendela awan mendung bagaikan melindungkan cakerawala malam nun jauh dimata, aku masih disini kelu lidah mati akal bagaikan layan layang terbang tanpa tujuan aku bagaikan kapal hanyut diambung badai yang sentiasa menghempas tanpa tujuan aku rebah dalam penantian... kelam dalam kesabaran lemah dalam perlaksanaan... Hadirlah wahai jiwaku untuk aku berdiri teguh bantulah aku membidas pada onak yang berduri
Wahai remaja , jangan kau sering hidup dalam keseronokkan jangan hidup dalam pura-puraan, kehidupan ini hanya sementara, kita hidup bukan untuk selamanya, jangan kau biarkan nafsu mengatasi akal, kerna kau akan sesat dalam perjalanan hidupmu, wahai remaja ikutilah jejak langkah orang-orang yang telah berjaya disekelililng mu bagaimana mereka meredah kesusahan demi kesusahan bagaimana mereka bertekad cekal demi mencapai sebuah kehidupan yang sempurna demi masa depan yang cemerlang, wahai remaja dengarlah nasihat dari mereka yang menyayangi mu, agar kamu terselamat dari segala kesusahan, payungi dirimu sebelum hujan turun mencurah membasahi dirimu.Ingatlah!!!
Hati ini masih rindu .. rindu kedamaian yang masih belum kunjung tiba! dam aku masih mencari mencari Keamanan, aku masih terkial-kial ...mencari Ketenangan yang entah bila menjelma?!Aku masih menunggu dengan penuh harapan agar penghidupan ini masih ada cahaya keharmonian , aku lihat sekeliling..arghhhhhhhhh!!! amat membosankan putaran hidup yang tiada perubahan????
In
Yang penting
"Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita." -Allston-
Pening..pening kepala aku ini...
ahh!!! sakitnya hati melihat perilakunya persis orang yang tak punyai pegangan...sakitnya hati, sedihnya hati, pilunya hati ini...tak berubah - ubah tingkah lakunya..... hairan dan peliknya aku pada orang macam tu..tak ada hati perut ke???? tak takut ke dengan pembalasan di akhirat nanti, ialah kalau kita berbuat baik ..pahalalah kita dapat abis kalau kita buat dosa tentu dosa yang kita dapat...aku masih ingat lagi satu komen dari blog Aura Dya, kata visitor tu kalau ada orang yang sering pot pet pot pet, pasang saja radio kuat kuat atau angkat kaki jalan...ialah pot pet yang menyakitkan hati aku pun bosan..arghh!!!
In
Lifestyle
children are not admitted mothers, children throw away the mother, children hate mother.
I want to ask your opinion? , what should we call such eligible children?
I hate people who are very arrogant in this world, why? ? they are not educated from childhood? or did they not fear the punishment in the hereafter.
I whispered in my self, fear and trembling to see people who are very arrogant in life .. I cried. You will get revenge on your own actions.
I'm tired of living with him and he does not deserve to live with me. he does not deserve my love, I hate him .....
In
Nature
breezy in the window
clouds like a shelter
night celestial
far away eyes,
I'm still here
dumb tongue
death sense
fly like a treat
flying aimlessly
I'm like a ship
the storm drifts soar
is always crashing
aimless
I fell
on hold ...
dark in patience
weakness in the implementation ...
Be there
O my soul
I stand for
help me
countered in
The prickly thorn
clouds like a shelter
night celestial
far away eyes,
I'm still here
dumb tongue
death sense
fly like a treat
flying aimlessly
I'm like a ship
the storm drifts soar
is always crashing
aimless
I fell
on hold ...
dark in patience
weakness in the implementation ...
Be there
O my soul
I stand for
help me
countered in
The prickly thorn
In
Lifestyle
I was taking too long to send this letter and today I decided to continue my desire.
Dear let me pour out everything.
I want you to know I can not accept rudeness yesterday, you did not respect my feelings and I did not expect such behavior of the real you. I felt I was in contempt. Oh God give me the opportunity to understand the temperament for no regrets later. "rich People with no brain" why are you willing to rough it out a word? where your patience as the faithful? thanks God I knew who the real you? no patience, quick-tempered, rough in speech. Why?
..and I realized that from now on I will be careful that I was not stuck in frustration!!