Kasih ibu

11:08 AM


Semalam ibu lapar ya..sering ibu minta makan dan minum, ibu kata lapar, manjanya ibu persis anak kecil, aku memujuk supaya ibu dapat bertahan kerna pemeriksaan akan dijalankan oleh Doktor. Ibu segala ku lakukan kan kerna tanggungjawab ku terhadap ibu, sabar ya ibu, insyallah ibu akan sihat dan kita akan pulang ke Johor Bahru, akan ku lapangkan masa buat ibu biar tergendala kerja-kerja aku, ku tahu walaupun ada insan yang mungkin berkecil hati, aku rela kerna kasihnya aku pada ibu, dan aku tidak mahu tergolong di antara anak yang digelar durhaka, ibu harus dijaga dengan penuh perhatian, Jiwa ku dapat merasa betapa ibu mengharapkan belaian dari anak-anak ibu.

Ibu, aku senantiasa berdoa agar ibu sihat selalu, aku rindu gurau senda ibu, senyum ibu dan kasih sayang ibu, sayang ibu!!

You Might Also Like

0 comments

Subscribe