Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutama bila diuji, hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.
Apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita, adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya pasti bermaksud baik. Jadi bersangka baik kepada Allah s.w.t.
Pada 15hb Jan, aku lihat Sara tenang, 16 hb Jan, Sara menjalani pembedahan, alhamdulilah pembedahan selamat, syukurnya pada Allah swt telah mengkabulkan semua doa-doa.
Aku tahu apa yang dilalui Sara adalah ujian dari Allah, setiap kali aku menangis bila teringatkan Sara, mengapa Sara harus menerima ujian itu, mengapa disaat Sara memerlukan kasih sayang dari orang tuanya. Ya Allah aku mahu Sara sihat seperti dulu, sihat seperti anak-anak lain. Aku mahu Sara senyum dan gembira seperti dulu. Aku tidak sanggup melihat Sara menanggung semua ujian itu walaupun aku tahu Sara kuat dan tabah menghadapinya.
Arghhh, rasa sebak di dada, aku tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya, bukan aku tidak tahu ujian-ujian yang Allah berikan sama ada kepada aku atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepadaNya. Dan aku tahu ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)
Terdapat dalam satu Firman Allah dalam surah Al Baqarah :156 “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”, bila aku terbaca sesungguhnya aku menjadi insaf dan sedar kita hanyalah hamba milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali.
Semoga Sara akan terus sihat dan pulih sepenuhnya. Aku rindu senyum dan gurauannya. Aku rindu untuk menatap wajahnya yang ayu dan jelita. Ya Allah! pelihara dan sihatkan tubuh badanya .. amin.
Entah mengapa aku sangat sedih, bercucuran air mata.. secara tiba-tiba aku teringatkan Ras yang sedang bergelut dengan sakitnya, aku tak sanggup memang aku tak sanggup melihat Ras menempuh segala dugaan itu , aku mengingatikan Ras agar terima apa saja keputusan dari doktor, oh!! mengapa aku menangis persis budak kecil sambil menadah tangan memohon agar Allah jauhi Ras dari sebarang sakit yang merbahaya. Ras terlalu istimewa buat ku mungkin juga kerna dia seorang gadis yang lembut dan pandai mengambil dan menghormati sesama insan lain.
Tika Ras duduk di kerusi luar rumah, aku datang menjengok nya, " Ras , mengapa dengan wajah tu, aku lihat lain sekali cahaya wajah Ras , yang berwarna kehitaman", aku lihat dibawah kelopak matanya agak pucat. " Ras nanti jumpa doktor ok, kamu kurang sihat, nampak letih dan tak bermaya". Ras mengangukkan kepalanya. Tiga hari selepas hari itu, aku diberitahunya bahwa Ras telah ditahan di hospital kerna sakit, dah aku jangka semua itu akan terjadi semenjak itu hampir tiap hari aku menangis bila teringatkan Ras , aku tidak mahu apa-apa terjadi pada dirinya. aku tidak mahu Ras yang masih muda akan mengharungi semua itu, Ras anak yang baik, Ya allah berilah kekuatan pada Ras dan sembuhkanlah sakitnya. Percayalah , yakinlah akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti. Kuatkan iman mu Ras, percayalah pasti ada hikmah disebalik kejadian yang menimpa mu .
Aku menanya hal Ras pada Ferhad "bagaimana keadaan Ras ? ", dia nampak letih dan tak bermaya.Aku terdiam , termenung sejenak tapi aku sedari meleleh air mata, Ya Allah mengapa ini semua harus berlaku ? mengapa??? mengapa ??? . aku teringat mesranya aku ketika bersama Ras, sama-sama mencari langsir untuk keperluan raya adakala aku sama-sama membuat kuih raya . Sedih bila terkenang semua itu. Malam tahun baru yang lalu Ras duduk disisi aku sambil melihat tiruan salji turun di hotel itu, tengok tu Ras seolah2 kita berada di tengah kota London yang diliputi salji ." Ras senyum saja", Aku perhatikan Ras makannya sedikit dan kelihatan lemah dan tidak secergas dahulu. Aku perhatikan Ferhad melayan Ras bagai seorang puteri, sangat gentleman. Aku bangga dengan Ferhad. Aku tahu Ras sangat menyayangi Ferhad dan aku tahu kehidupan Ras amat sepi . Ras sering kesepian.
Kadangkala kita tidak menjangka apa akan terjadi?? hanya Allah sahaja yang ketahui dan pada Allah jua kita memohon perlindunganNya.
Ya Allah! aku tidak mahu kehilangan seorang lagi yang amat aku sayangi..
Pagi 31 Dec 2011
Petang itu aku bersemangat menyediakan apa yang patut aku sediakan untuk si comel Aisyah Az-Zahra, seronoknya bukan kepalang, aku sibuk mencari sumbangan untuk majlis kesyukuran untuk di agih-agihkan walaupun sumbangan yang tidak seberapa. " Aishah Az-Zahra telah bertahta dihati" , semenjak kehadiran Aishah hati ini terlebih sensitif entah mengapa aku sendiri tidak ada jawapan. Dulu aku lihat sekeliling persekitaran kehidupan keluarga , ku melihat bagaimana mak melayan cucu-cucunya, aku lihat bagaimana mak lalui semua . Mak bergitu tabah menghadapi usia tuanya. Kini semua tinggal kenangan, ah!!! aku teringat makanan kesukaan mak oats dan telur setengah masak , nasi goreng ala thai dan bubur kacang .
Aku menjengah ke bilik , Aishah Az -Zahrah sedang lena tidur, wajah comelnya mendamaikan hati, sejuk mata memandang. Aku sentuh bayi comel itu, sentuhan pertama Aishah Az-Zahrah menyedarkan aku dari lamunan .
Arghhh! bila sedih menguasai jiwa, ingin saja aku menyendiri jauh dari dunia nyata bukan aku bosan tapi aku lemas dalam sitiuasi yang tidak harmoni situasi yang melemaskan jiwaku , jiwa ini yang ingin terus aman dan tenang. Aku tahu jauh lagi perjalanan akan ku tempuh suka duka , ribut dan petir akan ku hadapi semua, kalau nak ku cerita cabaran dan dugaan hidup dari A hingga Z tak tercerita oleh ku , dan aku mulai langkah ke episod baru 2012, semoga 2012 ini akan membawa lebih kejayaan dan keberkatan dalam hidup . Pada famili agar mereka tahu bahwa aku sayang mereka, pada anak-anak kasih aku tidak berbelah bagi dan aku senantiasa ampunkan apa saja kesilapan mereka , aku mahu mereka selamat di dunia juga di akhirat. Aku halalkan apa saja walaupun setitik air susu dari tubuhku.
Pada Aishah Az-Zahrah aku doakan agar menjadi anak yang soleh, menghormati dan menyayangi kedua ibubapa dan keluarga.