Mengapa aku menangis?

9:35 PM


Kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita ialah hati. Hati yang bersifat bolak-balik terutama bila diuji, hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah. Yakin kepada kasih sayang, keampunan dan sifat pemurahNya.

Apa jua takdir yang ditimpakanNya keatas kita, adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandanganNya yang Maha Luas, semua yang ditakdirkan keatas hambaNya pasti bermaksud baik. Jadi bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Pada 15hb Jan, aku lihat Sara tenang, 16 hb Jan, Sara menjalani pembedahan, alhamdulilah pembedahan selamat, syukurnya pada Allah swt telah mengkabulkan semua doa-doa.

Aku tahu apa yang dilalui Sara adalah ujian dari Allah, setiap kali aku menangis bila teringatkan Sara, mengapa Sara harus menerima ujian itu, mengapa disaat Sara memerlukan kasih sayang dari orang tuanya. Ya Allah aku mahu Sara sihat seperti dulu, sihat seperti anak-anak lain. Aku mahu Sara senyum dan gembira seperti dulu. Aku tidak sanggup melihat Sara menanggung semua ujian itu walaupun aku tahu Sara kuat dan tabah menghadapinya.

Arghhh, rasa sebak di dada, aku tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya, bukan aku tidak tahu ujian-ujian yang Allah berikan sama ada kepada aku atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepadaNya. Dan aku tahu ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?" (Al-Baqarah: 286)

Terdapat dalam satu Firman Allah dalam surah Al Baqarah :156 “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali”, bila aku terbaca sesungguhnya aku menjadi insaf dan sedar kita hanyalah hamba milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali.

Semoga Sara akan terus sihat dan pulih sepenuhnya. Aku rindu senyum dan gurauannya. Aku rindu untuk menatap wajahnya yang ayu dan jelita. Ya Allah! pelihara dan sihatkan tubuh badanya .. amin.




You Might Also Like

0 comments

Subscribe