Sentuhan Aishah Az-Zahra

10:02 AM


Pagi 31 Dec 2011
Petang itu aku bersemangat menyediakan apa yang patut aku sediakan untuk si comel Aisyah Az-Zahra, seronoknya bukan kepalang, aku sibuk mencari sumbangan untuk majlis kesyukuran untuk di agih-agihkan walaupun sumbangan yang tidak seberapa. " Aishah Az-Zahra telah bertahta dihati" , semenjak kehadiran Aishah hati ini terlebih sensitif entah mengapa aku sendiri tidak ada jawapan. Dulu aku lihat sekeliling persekitaran kehidupan keluarga , ku melihat bagaimana mak melayan cucu-cucunya, aku lihat bagaimana mak lalui semua . Mak bergitu tabah menghadapi usia tuanya. Kini semua tinggal kenangan, ah!!! aku teringat makanan kesukaan mak oats dan telur setengah masak , nasi goreng ala thai dan bubur kacang .

Aku menjengah ke bilik , Aishah Az -Zahrah sedang lena tidur, wajah comelnya mendamaikan hati, sejuk mata memandang. Aku sentuh bayi comel itu, sentuhan pertama Aishah Az-Zahrah menyedarkan aku dari lamunan .

Arghhh! bila sedih menguasai jiwa, ingin saja aku menyendiri jauh dari dunia nyata bukan aku bosan tapi aku lemas dalam sitiuasi yang tidak harmoni situasi yang melemaskan jiwaku , jiwa ini yang ingin terus aman dan tenang. Aku tahu jauh lagi perjalanan akan ku tempuh suka duka , ribut dan petir akan ku hadapi semua, kalau nak ku cerita cabaran dan dugaan hidup dari A hingga Z tak tercerita oleh ku , dan aku mulai langkah ke episod baru 2012, semoga 2012 ini akan membawa lebih kejayaan dan keberkatan dalam hidup . Pada famili agar mereka tahu bahwa aku sayang mereka, pada anak-anak kasih aku tidak berbelah bagi dan aku senantiasa ampunkan apa saja kesilapan mereka , aku mahu mereka selamat di dunia juga di akhirat. Aku halalkan apa saja walaupun setitik air susu dari tubuhku.

Pada Aishah Az-Zahrah aku doakan agar menjadi anak yang soleh, menghormati dan menyayangi kedua ibubapa dan keluarga.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe