“Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

Aku sering merajuk dengan Kak Long, namun Kak Long tetap sabar atau mungkin Kak Long faham aku...
Kak Long adalah satu satunya insan yang sangat ku sayang. Aku kagum dan bangga dengan Kak Long yang senantiasa berusaha mencari rezeki, walaupun Kak Long berjawatan dan berpendapatan tinggi .
Aku akan menjadikan diriku yang terbaik , Kak Long mahu aku menjadi seorang doktor bila aku dewasa. Kak Long senantiasa perihatin dan senantiasa menyediakan keperluan hidupku. Aku berdoa semoga kehidupan Kak Long diberkati dan dirahmati Allah swt.
Sayang kak long !
In
Mak

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku luahkan pada mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku juga ….mak
dan Mak adalah segalanya!

~ شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
~ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
[AQ : Al Baqarah : 185]
~~ Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran, yang menjadi sumber hidayah manusia dari dulu hingga akhirnya dunia. Tidak syak lagi, kehebatan Ramadhan terletak pada Mukjizat Agong Nabi Muhammad saw, yaini Al Quran itu sendiri.
~~~ Dalam Al Quran terkandung perintah berpuasa yang punya seribu satu hikmah di sebaliknya, samada kepada fizikal, intelektual, emosional mahupun spiritual kita. Puasa mendidik kita supaya ikhlas seikhlasnya beramal hanya kepada Allah semata.
~~~~ Pada Ramadhan terdapat Lailatul Qadr, yang merupakan hadiah Allah, yang khususnya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu :
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
[AQ : Al Qadr : 1-5]
~~~~~ Malam yang lebih baik dari seribu bulan, ketahuilah, yang dimaksudkan Lailatul Qadr itu adalah malam apabila Al Quran pertama kali diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. bukankah semuanya berkait dengan Al Quran jua?
Maka, tambah eratkanlah diri kita dengan kitab suci Al Quran itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bacalah, pelajarilah dan hayatilah isi kandungannya, bukan setakat mengambil berkatnya Al Quran, tetapi yang lebih penting adalah hidayah yang datang bersamanya.
~~~~~~ Di samping itu, dalam bulan Ramadhan juga terhimpunnya perintah untuk berpuasa, yang mana seperti dalam sebuah hadis Nabi saw :
“Semua amal anak Adam adalah baginya, melainkan puasa. Ianya untuk Ku, dan Aku akan mengganjarinya”
[Riwayat Bukhari]
Antara kelebihan ibadah puasa di sisi Allah swt. Bagi kita manusia, puasa sebagai penebus dosa, puasa sebagai ampunan dari Allah swt, dan akan juga menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar nanti. Ayuh, berlumbalah kita mengejar kebaikan dari berpuasa di bulan Ramadhan seperti yang diwajibkan, selain melaksanakan ibadah-ibadah lainnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkanlah doa dan munajat kita kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.
Semoga kita mendapat manfaat bersama!

Kerabat

... dua bulan berlalu, kesepian terus melanda "kerabat".. hanya tinggal kenangan manis yang tak mungkin dapat ku lupa. Yang tinggal hanya satu keluarga satu tautan dan satu harapan. Aku tak dapat menjangka apakah akan berakhir kemanisan dalam kerabat.
Dalam mengeratkan ikatan dalam satu hati satu jiwa dalam satu tujuan yang murni bukan nya mudah ... banyak lakun layar, banyak skrip akan terpampang dalam drama sketsa dunia, pentasan itulah yang dikatakan lakunan dunia dan si pelakun terbaik akan mendapat anugerah??? aku seperti ini jua melihat dari jauh , aku yang senantiasa mengalah walaupun mengalah itu bukan erti sebuah kekalahan mengalah itu bukan erti aku tak ambil peduli tapi aku mengambil sikap reserve.
Semoga kerabat akan menjadi idola bagi jenerasi akan datang!