Salam Ramadan
12:30 AM
~ شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
~ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
[AQ : Al Baqarah : 185]
~~ Ramadhan bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran, yang menjadi sumber hidayah manusia dari dulu hingga akhirnya dunia. Tidak syak lagi, kehebatan Ramadhan terletak pada Mukjizat Agong Nabi Muhammad saw, yaini Al Quran itu sendiri.
~~~ Dalam Al Quran terkandung perintah berpuasa yang punya seribu satu hikmah di sebaliknya, samada kepada fizikal, intelektual, emosional mahupun spiritual kita. Puasa mendidik kita supaya ikhlas seikhlasnya beramal hanya kepada Allah semata.
~~~~ Pada Ramadhan terdapat Lailatul Qadr, yang merupakan hadiah Allah, yang khususnya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu :
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)
[AQ : Al Qadr : 1-5]
~~~~~ Malam yang lebih baik dari seribu bulan, ketahuilah, yang dimaksudkan Lailatul Qadr itu adalah malam apabila Al Quran pertama kali diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia. bukankah semuanya berkait dengan Al Quran jua?
Maka, tambah eratkanlah diri kita dengan kitab suci Al Quran itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Bacalah, pelajarilah dan hayatilah isi kandungannya, bukan setakat mengambil berkatnya Al Quran, tetapi yang lebih penting adalah hidayah yang datang bersamanya.
~~~~~~ Di samping itu, dalam bulan Ramadhan juga terhimpunnya perintah untuk berpuasa, yang mana seperti dalam sebuah hadis Nabi saw :
“Semua amal anak Adam adalah baginya, melainkan puasa. Ianya untuk Ku, dan Aku akan mengganjarinya”
[Riwayat Bukhari]
Antara kelebihan ibadah puasa di sisi Allah swt. Bagi kita manusia, puasa sebagai penebus dosa, puasa sebagai ampunan dari Allah swt, dan akan juga menjadi syafaat buat kita di Padang Mahsyar nanti. Ayuh, berlumbalah kita mengejar kebaikan dari berpuasa di bulan Ramadhan seperti yang diwajibkan, selain melaksanakan ibadah-ibadah lainnya dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Perbanyakkanlah doa dan munajat kita kepada Allah, supaya diberi kekuatan untuk melakukan yang terbaik, semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita.
Semoga kita mendapat manfaat bersama!

0 comments