Menyendiri lagi...

6:23 PM


....kamu tetap dalam hati ibu, ibu yang melahirkan kamu, ibu yang menjaga kamu sejak kamu lihat dunia ini, tapi kenapa tiba-tiba kamu hindari ibu, ibu sendiri kehairanan mengapa kamu berubah laku, apakah kamu mulai melupai ibu???

..ibu di sini tertanya-tanya apakah nanti kesudahan kamu??? atau apakah kamu ingin menjauhkan diri dengan ibu??? kamu membiarkan ibu sendiri disini tanpa khabar berita..walaupun kamu mengecilkan hati ibu, ibu maafkan kamu ..maafkan segala kesilapan kamu, ibu mahu kehidupan kamu di dunia ini di berkati Allah Yang Maha Pencipta, selagi ibu hidup ibu akan tetap mendoakan kesejahteraan kamu walaupun hati ibu amat terluka...pedih dan tersiksa.

Mulai saat ini telah ibu fikir sedalam-dalamnya ibu sedia menghadapi saat hari tua ibu ... ibu tahu akan ibu lalui semua itu, susah senang akan ibu hadapi sendiri tanpa akan ibu menagih kasih pada kamu.

Sekarang ibu bangga dengan kejayaan kamu menjadi seorang pemimpin yang banyak berbakti pada masyarakat mendidik jenerasi menuju kearah kecemerlangan, sekurang kurang jika ibu sudah tiada di dunia ini kamu menjadi insan yang amat berguna dan kamu akan senantiasa mengigati kebaikan ibu. Ibu tahu sampai ajal ibu akan pergi, pergi meninggalkan semua yang ada di dunia ini...
* kini ibu menyendiri lagi ......

You Might Also Like

0 comments

Subscribe