
Indahnya kata kata...
“Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.”
“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”
“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..”
“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”
^kata kata mutiara yang penuh dengan hikmah..“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
“Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.”
“Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.”
Dia cemburu

Dia cemburu!
Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya. Perasaan cemburu ini selalunya berkaitan dengan jiwa .
Sesaorang yang mahu dirinya dipandang lebih dari orang lain, tidak lain kerana 'cemburu' ;
Cemburu ini sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.
Bila kita berhadapan dan dikelilingi orang yang cemburu., perwatakkanya berbeda dengan orang lain.
Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.
“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka. Sebaliknya, sikap cemburu dengan jelas mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran.
Kalau hati bersih, perasaan cemburu tidak akan bersarang dijiwa kita!!

Sabarlah Kawan
.. sabarlah, jangan kau tanggisi, jangan kau bersedih atas segala dugaan yang kau terima selama ini, percayalah pasti ada hikmah disebaliknya, "aku sedih.. aku sedih sangat dengan nasib ku ini.
Aku dilahirkan tanpa mengenal siapa ibubapa sebenar, yang aku tahu ibu yang melahirkan aku telah menyerahkan aku pada seorang wanita dihospital dan ketika aku berumur tujuh belas tahun , aku telah berumah tangga sehinggalah aku punyai empat orang cahaya mata. Suami pula seorang pemukul dan akhirnya beberapa tahun berumah tangga aku diceraikan . Anak anak masih kecil tapi berbekalkan semangat keibuan aku peliharak ke semua anak ku hingga dewasa dan sekarang mereka telah berjaya dan memegang jawatan jawatan tinggi, setelah berumahtangga mereka lupa pada aku, sering aku menangis mengenangkan nasib . Kekadang aku tidak menjamah makanan kerna tiada wang dan sehingga aku sering pengsan dan akhirnya aku jatuh sakit kerana kurang darah, ketika aku ditahan di hospital anak anak aku tidak datang melihat aku , alasan yang diberi mereka sibuk dengan urusan kerja dan bila aku telefon minta sedikit wang untuk membayar bil hospital mereka kata tidak punyai wang, mengalir air mata kawan itu... Kau tahu sekarang anak bungsu ku pula meninggalkan aku. Kini tinggallah aku sendiri dirumah , itulah luahan hati seorang kawan .
Kawan itu bercerita dengan linangan air mata yang mencurah-curah dipipinya, aku mendekatinya sambil mengusap bahunya, " sudahlah Aisya jangan kau tanggisi ", sekarang kau harus teruskan kehidupan kau harus follow up rawatan susulan dengan hospital, kau sakit sekarang, "aku tak ada duit untuk membayar bil" , beginilah kataku lagi , "sekiranya kau ditahan lagi dan anak anak kau tidak mahu bertanggungjawab keatas ibunya, "kau telefon aku," aku akan bantu, insya'Allah, selagi aku mampu tolong akan ku tolong". Bila aku terperangkap dengan situasi sedemikian jiwa aku akan resah jiwa aku akan menangis, mengapa anak anak terus melupai ibu nya, mengapa??
Agar kisah benar yang ku paparkan akan menjadi iktibar pada semua diluar sana . Berlegar-legar otakku memikirkan.. argh!!! rupanya hidup penuh dengan pancaroba, dugaan dan cabaran. Apa saja rintangan hadapi dengan tenang dan redha.
Ingatlah kawan , hidup ini seperti roda, hari ini kita dibawah esok kita di atas, hari ini kita di atas esok kita dibawah!!!
