Sabarlah kawan

11:07 AM


Sabarlah Kawan

.. sabarlah, jangan kau tanggisi, jangan kau bersedih atas segala dugaan yang kau terima selama ini, percayalah pasti ada hikmah disebaliknya, "aku sedih.. aku sedih sangat dengan nasib ku ini.

Aku dilahirkan tanpa mengenal siapa ibubapa sebenar, yang aku tahu ibu yang melahirkan aku telah menyerahkan aku pada seorang wanita dihospital dan ketika aku berumur tujuh belas tahun , aku telah berumah tangga sehinggalah aku punyai empat orang cahaya mata. Suami pula seorang pemukul dan akhirnya beberapa tahun berumah tangga aku diceraikan . Anak anak masih kecil tapi berbekalkan semangat keibuan aku peliharak ke semua anak ku hingga dewasa dan sekarang mereka telah berjaya dan memegang jawatan jawatan tinggi, setelah berumahtangga mereka lupa pada aku, sering aku menangis mengenangkan nasib . Kekadang aku tidak menjamah makanan kerna tiada wang dan sehingga aku sering pengsan dan akhirnya aku jatuh sakit kerana kurang darah, ketika aku ditahan di hospital anak anak aku tidak datang melihat aku , alasan yang diberi mereka sibuk dengan urusan kerja dan bila aku telefon minta sedikit wang untuk membayar bil hospital mereka kata tidak punyai wang, mengalir air mata kawan itu... Kau tahu sekarang anak bungsu ku pula meninggalkan aku. Kini tinggallah aku sendiri dirumah , itulah luahan hati seorang kawan .

Kawan itu bercerita dengan linangan air mata yang mencurah-curah dipipinya, aku mendekatinya sambil mengusap bahunya, " sudahlah Aisya jangan kau tanggisi ", sekarang kau harus teruskan kehidupan kau harus follow up rawatan susulan dengan hospital, kau sakit sekarang, "aku tak ada duit untuk membayar bil" , beginilah kataku lagi , "sekiranya kau ditahan lagi dan anak anak kau tidak mahu bertanggungjawab keatas ibunya, "kau telefon aku," aku akan bantu, insya'Allah, selagi aku mampu tolong akan ku tolong". Bila aku terperangkap dengan situasi sedemikian jiwa aku akan resah jiwa aku akan menangis, mengapa anak anak terus melupai ibu nya, mengapa??

Agar kisah benar yang ku paparkan akan menjadi iktibar pada semua diluar sana . Berlegar-legar otakku memikirkan.. argh!!! rupanya hidup penuh dengan pancaroba, dugaan dan cabaran. Apa saja rintangan hadapi dengan tenang dan redha.

Ingatlah kawan , hidup ini seperti roda, hari ini kita dibawah esok kita di atas, hari ini kita di atas esok kita dibawah!!!


You Might Also Like

0 comments

Subscribe