Damaikan bumi ku Malaysia!

12:59 AM

Tuhan!
Aku datang memohon pada Mu..
Aku bersujud berharap akan ada damai di ruang hati insan yang dirasuk kelam,
Di hati mereka yang keliru dan bercelaru..
Mereka disana berebut isi bumi Mu..
Hingga tiada sempadan....
Yang hanya sementara dipinjam...
Tuhan Ku yang menciptakan bumi , bumi kita dan bumi mereka
Mengapa ada sengketa setelah menikmati kedamaian dari di belengu penjajahan..
Aku datang mengabarkan tentang perseteruan sesama manusia..
Merebut kuasa yang tidak kekal...
Hingga lalai ..
Ke dunia yang kekal..
Berikan sinar Mu terangi hati yang berseteru ingatkan tasbih Mu!!
Mereka dibalut egoisme  kerana harga diri..
Damaikan hati mereka ..
Damaikan Bumi ku..
Bumi kita Malaysia!

You Might Also Like

0 comments

Subscribe