Di pandang remeh

1:28 AM


Pintu diketuk bertalu-talu, akhirnya di bukanya tapi dengan wajah yang masam dan hentakkan kuat apabila dia menutupnya, aku malu , malu dengan kawan baik ku kerna malam itu aku hanya ingin menumpang tidur di rumah saudara kandung ku sendiri. " kenapa kakak you marah sangat?" aku hanya membisu menahan sebak di dada, "apakah runtuh rumah ini sekadar kita mahu menumpang tidur semalaman sahaja", entahlah jawab ku ringkas, esok pagi lagi aku keluar rumah awal dan tidak akan ku datang lagi kerumah itu jika itu kemahuannya. Aku ingat peristiwa- peristiwa itu, waktu itu aku sendirian , sendirian tanpa lelaki bernama suami, dengan berbekalkan kecekalan hati dan doa aku terus membesarkan anak-anak ku. Hanya waktu itu ayah dan ibu yang menghulurkan tangan untuk meringankan beban, " tadi ayah beritahu emak, biarlah anak-anak kamu dibawa pulang kekampung , biar mak dan ayah yang menjaganya, bila kamu sudah mendapat kerja yang tetap kamu boleh ambil semula anak-anak kamu itu hampir menitis air mata mendengar penjelasan ibu. Aku tahu ayah mahu meringkan bebabnan ku waktu itu, bayangkan aku membesarkan anak-anak dengan hanya berbekalkan susu pekat untuk mereka tidak kelaparan demi kasih aku pada anak-anak aku kuatkan semangat mengharungi kepahitan hidup. Berkat kesabaran berkat doa kedua ibubapaku berkat doaku akhirnya anak-anak ku membesar dengan sempurna dan akhirnya berjaya hingga ke University dan sekarang memegang jawatan tinggi.

Kejayaan yang aku kecapi sekarang kerna berkat kesabaran dan keikhlasan aku.Aku tahu Allah telah memberi aku kesenangan setelah aku melalui ujian dariNya.

Hidup tidak perlu berbangga , hidup tidak perlu tamak, tidup tidak perlu menghina!

You Might Also Like

0 comments

Subscribe