Diktator

9:27 AM

Delima seorang isteri yang tersepit antara ibubapa dan suami.

Status " Suami Diktator " selalu kita dengar keluhan dan resah dari seorang isteri ia terlalu banyak berlaku dalam masyarakat kita. Apakah puncanya suami yang bersikap sedemikian ??? ada antara suami yang tidak adil terhadap isteri ada pula yang mendidik isteri untuk melupai keluarga isteri apa lagi cuba untuk memisahkannya. Ada pula yang aku dengar suami melarang si isteri hendak berbakti pada kedua ibubapanya apa lagi ibubapa yang telah memamah usia tua, dimana hati dan perasaan suami itu??? tergamak dan sanggup berbuat demikian?? si isteri hanya menurut perintah kerna takut akan dosa kalau mengingkari perintah suami. persoalannya .. Siapakah yang berdosa????? adakah suami yang berhati karat MELARANG ISTERI UNTUK MENJAGA KEDUA IBUBAPANYA ???? ATAU isteri yang berdosa kerna membiarkan kedua ibubapa kerna menurut perintah suami???

Aku sering mendengar keluhan kawan-kawan mengeluh mengenai suami yang sering mencemburui isteri yang menyayangi keluarganya, yang nyata zaman sekarang zaman yang serba maju sudah ramai isteri menanggung suami??? bunyinya pun pelik? suami lupa bertapa besarnya dosa mereka jika suami melalaikan tanggung jawab terhadap isteri,

Isteri sering tertekan dengan kebiadapan suami yang memerah tenaga dan wang ringgit isteri. dan tidak mustahil suami atau isteri yang sanggup dan tergamak menghalau ibubapa .

Apakah anak-anak sekarang mahu mencipta nama sebagai "Si Tanggang Moden"


You Might Also Like

0 comments

Subscribe