Sejambak ros merah buat ibu

8:25 PM


Kala ku sendirian ku pejamkan mata terbayang wajah ibu dan senyuman ibu yang sangat manis.. aku tahu ibu tidak bermaya, tiap kali ibu mendengar suara anak-anak setiap kali ibu tidak mahu ditinggalkan, ku cuba memahami hati dan perasaan ibu..tapi aku tidak ada jawapan.. mungkin juga dalam usia ku seperti ibu akan ku alami jua.

Ibu hatiku merasa teduh apabila ku melihat ibu sihat dan berselera makan, Oh Tuhan! aku amat menyayangi ibu , aku teringat ibu meyentuh pipi dan mencium aku bertubi-tubi kata ibu" T, jangan tinggalkan ibu, ibu nak tinggal bersama kamu" mengalir air mataku menahan sebak pernah ibu berpesan satu ketika, " T, baca tiga Qul ye untuk mak di saat akhir nyawa mak, insyaallah mak.. aku menjawab pertanyaan ibu itu..

Ibu kau telah mendatangkan cinta dan kasih sayang bagiku...cinta yang tak ternilai harganya..

Ada kala juga aku memikirkan keadan sekeliling ... susah aku nak nak ku luahkan kerana ia amat sensetif..aku tahu adakala ibu rasa amat sedih, ibu rasa amat sunyi.. ibu tidak mahu kesaorangan.. kenapa ya ibu? apa yang ibu bimbangkan?

Tiga bulan lalu tika ibu bersama aku, ibu sangat happy, aku nampak keceriaan ibu , ibu bergurau dan berselera makan tapi tika ini ibu sudah tiadak berselera makan , ibu semakin kurus dan cengkung.. aku sedih ibu, aku sedih melihat ibu, ibu banyak mendiamkan diri tiap kali aku kata makanlah ibu, ibu mesti jawab ibu "mak sudah kenyang" sedangkan ibu hanya makan sesuap bubur sahaja..

Ibu, aku meluahkan perasaan di blog 'Aura Dya' disini juga aku mencurahkan segala kerisauan aku terhadap ibu.. aku menyayangi mu ibu dan aku berdoa agar Tuhan melindungi dan memelihara ibu dunia dan akhirat..

Bersama catitan ini ku ku sediakan sejambak bunga ros merah buat ibu, biar pun ibu tidak tahu, biar pun ibu tidak melihat, aku puas ibu.. puas kerna dapat melepaskan perasaan dukaku... ibu kau bukakan tabir siang untuk ku...aku tahu tiada cinta yang murni setulus cinta mu!!!kau berikan kasih syang suci, bertapa agungnya tiada ternilainya..




You Might Also Like

0 comments

Subscribe