Lelaki bergelar chef
3:56 PM
Kagumnya aku dengan chef lelaki, rata-rata kalau kita dengar ramai lelaki yang bergelar chef  sudah hidup mewah, betapa hebatnya lelaki yang bergelar chef! tahniah pada mereka yang menceburi bidang yang penuh kreativiti.
Perhatikan kita lihat  lihat program realiti di kaca televisyen separuhnya  adalah lelaki.Selebihnya adalah perempuan jadi ini membuktikan lelaki  hebat memasak.Ada satu program realiti bernama Hell's Kitchen dan  pengelolanya juga lelaki yang bernama Gordon Ramsay.  Pemenang  rancangan realiti ini juga majoritinya lelaki.Kalau sebut murtabak  paling sedap dekat Singapura, tukang masaknya lelaki.Sampai ke Pulau  Pinang makan Char Kuey Teow paling famous dekat Penang tukang masaknya  lelaki juga.
Chef Wan juga  satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah masak makanan  kepada bekas presiden Amerika iaitu Bill Clinton.Beliau juga pernah  menghidangkan makanan kepada Sultan Brunei Darrusalam, Sultan Hassanal  Bolkiah.Ini menunjukkan kebolehan lelaki memasak hingga memasak kepada  orang paling berkuasa di dunia dan bekas orang terkaya di dunia.
Well...buat Chef Feroz  tentu akan mencipta nama sebagai chef yang terkemuka  di dalam dan luar negara,  semoga impian dan cita-cita akan tercapai..insyaallah!
Tahniah chef.!
0 comments