Selamat Menyambut AidilFitri-2012

1:27 PM

Hari ini sudah sebelas hari kita menjalani ibadah puasa,  dengan rasa luhur dan rendah diri, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia, khususnya kepada rakan-rakan blogger, pada family  yang sama-sama berpuasa sepanjang di bulan Ramadan ini.
aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada keluarga yang tercinta dan semoga hari raya tahun ini akan membawa lebih makna lebih bererti dan lebih bahagia dan tidak lupa juga  pada rakan-rakan blogger yang lain,  sama-sama kita  jadikan Syawal tahun ini sebagai titik permulaan bagi segala-galanya. Segala ujian dan dugaan dari Yang Maha Esa itu sebenarnya membawa seribu hikmah yang hanya dapat difikirkan oleh minda yang tahu apakah makna kesyukuran.

dr atyomar

Pada mereka yang ada masalah dengan adik beradik dengan family janganlah disimpan kesumat  di hati yang melanda. Benamkan segala api kemarahan yang ada dan anggaplah Syawal ini sebagai satu permulaan yang baik untuk semua. Baliklah ke kampung, jenguklah mereka. Jangan sesekali dilupakan ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan. Begitu juga dengan hati ayah. Hati ayah harus dijaga. Peluh keringat ayah itulah yang sepatutnya difikirkan, bukannya perselisihan. Buanglah egomu itu jauh-jauh. InsyaAllah, Syawal ini akan menjadi Syawal yang tidak akan lupakan. Berbaktilah pada ibu ayah selagi mereka masih ada. Akhir kata, dalam keseronokan beraya… zakat fitrah jangan dilupa. Ada bahagian dalam kehidupan kita yang patut dikongsi oleh orang lain, yang lebih susah dari kita. Semoga Syawal yang bakal menjelma akan lebih membawa bahagia .

You Might Also Like

0 comments

Subscribe