Beruang betina kehilangan bulu

12:39 PM

LEIPZIG – Pengunjung-pengunjung di sebuah zoo di Jerman terkejut mendapati beberapa beruang betina yang dikurung kehilangan banyak bulu, lapor sebuah akhbar semalam.
Turut menjadi mangsa, dua ekor beruang popular, Dolores, 15, dan Lolita, 11, yang cuma mempunyai bulu tebal di bahagian kepala manakala bahagian lain pula tinggal kulit sahaja.
Pegawai-pegawai Zoo Leipzig yang terletak 154 kilometer dari ibu negara Berlin, hairan dengan keadaan itu dan menghubungi zoo lain di serata dunia bagi memastikan sama ada masalah serupa turut berlaku.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe