Pridiksi Bola Sepak
4:31 PM Pertandingan akhir Bola Sepak Sukan SEA ke 26
21hb November 2011 , Jam 8.30pm bermulanya pertandingan bola sepak Malaysia dan Indonesia iaitu skuad Harimau Muda dan Garuda, penonton yang menyaksikan mencecah seratus ribu peminat bola di Stadium gelora Bung Karno , Indonesia, tentu sekali amat mendebarkan pada setiap pemain Harimau Muda.
Debaran
Aku yang sudah mulai duduk di sofa empuk bagi menonton pertandingan tersebut dengan penuh debaran dan ngomelan walaupun badan kurang sihat sejak beberapa hari, perasaan berdebar-debar , risau semuanya ada dan sambil berdoa tanpa henti agar pasukan Harimau Muda dapat mengaum dan agar ngauman itu bisa dapat melemahkan Sang Si Garuda. Tidak aku nafikan kedua-dua pasukan memang hebat. Tapi adat pertandingan pasti ada yang menang dan kalah, jangan kita pertikaikan kedua-dua pasukan.
Debaran hati ku terus memuncak apabila tendangan penalty sebagai penentu dan akhirnya kemenangan di pihak Malaysia. Tahniah pada pasukan Harimau Muda. Mereka telah berganding bahu bagi meraih kemenangan itu, syabas pada semua kakitangan yang terlibat khusus pada jurulatih yang begitu ambil berat dengan penuh komited.
Pridiksi
Tidak ada pridiksi dari aku , aku hanya mahu Malaysia dapat menjuarainya dan membawa pingat emas pulang ke tanah air , akhirnya impian menjadi kenyataan, Harimau Muda dapat menawan sang Garuda Muda. Ucapan tahniah diatas kejayaan tersebut.
0 comments