Misi anak cemerlang!

9:58 PM

Antara kawan kawan ku ada yang menanya, bagaimana aku mendidik anak cemerlang, pertama aku punyai impian dan impian itulah wawasan ku, dari awal kelahiran anakku telah ku tanamkan harapan itu dalam hati, akan ku didik anakku sehingga berjaya dengan cemerlang dan aku banyak membaca buku motivasi 'mendidik anak yang berjaya' aku sedar bahwa semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah bagaimana cara kita meransang mereka bagaimana cara kita mengendalikannya dan apa yang kita mahu untuk anak kita, bagi aku, aku punya misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak aku berikan perhatian dan tumpuan kepadanya , aku berikan sokongan padu dalam pelajaran, sokongan itu akan menaikkan semangat dia untuk terus maju, dan ingat kita hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita . Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.





You Might Also Like

0 comments

Subscribe