isk isk isk..anak oh anak!

9:45 PM

Kenapa anak buang ibubapa?

Kes buang anak dah banyak terpapar di media massa, bagaimana pula dgn anak buang ibu bapa ?? Dunia oh dunia! semakin maju dunia semakin ramai anak yang membuang ibubapa, walaupun aneh tapi ianya benar berlaku.

Pernah aku lihat didepan mata sendiri, sewaktu di hospital seorang ayah terdampar sakit di tinggalkan kesaorangan di hospital, anak-anak yang tidak mahu mengambil mereka pulang walaupun mereka sudah sembuh dan dirawat di hospital. Namun selepas orang tua mereka sembuh, mereka tidak datang mengambilnya. Malah waris pesakit berkenaan tidak datang menjenguk di hospital. Mereka sengaja memberi alamat dan nombor telefon palsu kerana tidak mahu dikesan. Ini benar benar berlaku.

Manusia zaman sekarang sudah tidak ada nilai kemanusian, seolah-olah mereka sudah hilang nilai moral manusiawi dewasa kini. Nampaknya, ungkapan "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak tentu dapat menjaga seorang ibu" menjadi kenyataan.

* kehidupan ini berputar seperti sebuah jam.... * Aura Dya

You Might Also Like

0 comments

Subscribe