Aku terlena

12:03 PM


...sudah lama aku tidak aktif dalam berkarya, rasa rindu pada teman yang senantiasa setia menunggu keluhan dan leteran ku.. teman setia yang tidak jemu-jemu berada disisi , dialah penguat semangat dia lah segala-galanya.

..beginilah kehidupan adakala kita hepi adakala kita sedih adakala kita tercari-cari apa yang belum dapat kita cari.. aku begini seadanya, tiap hari aku memikirkan apa yang terbaik untuk ku lakukan esok hari, aku pandang sekeliling..arghhh !!!!!!!! aku dah cukup bersabar dalam apa jua demi memperjuang hidup, kilat, tsunami , ribut dah hampir aku merasai ... semakin banyak cabaran dugaan semakin kuat dan cekalnya hati ini..setelah aku merasai segala kepahitan apa yang ku rasai dalam kehidupan adalah NIKMAT dalam kesabaran akhirnya aku berjaya menempuh cabaran dalam hidup di masa lalu.. kenikmatan dalam menempuh kepahitan adalah kerna kesabaran dan redha kita, bukan sepi sahaja indah sabar juga indah.

biar aku curahkan pada mu teman biarku luahkan segala pada mu, ini kisah ku yang pernah ku tempuhi, pernah aku berjumpa dengan seorang insan yang dalam kesusahan dalam erti kata susah yang benar benar susah dan tika itu aku juga menghadapi dugaan yang sangat berat, aku meniti satu titian tapi kerna masih ada seorang insan yang masih memerlukan maka aku perlu membantunya, dalam kekalutan insan itu sekurang-kurang dapat aku meringankan beban yang dipikul walau sekali pun waktu itu aku sedang berada di atas titian genting.

Tuhan Maha Esa Maha Pengasih Maha Penyayang, walaupun aku berada dalam kegentingan, namun tidak sedikit pun aku merasa bebanan itu, alhamdulilah, berkat membantu sesama hamba Allah rupanya Allah melihat apa yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dari apa yang aku merasai dapat ku rasai betapa Allah Maha Pengasih.

Hingga kini aku terus menggali, aku terus mencari kebaikkan sesama insan tanpa rasa jemu....

You Might Also Like

0 comments

Subscribe