Kasih ibu "d Villa ku"
1:14 AM
Memori Silam
Aku mencapai lappy tergerak dihati untuk menulis sebuah karya bertajuk 'Kasih ibu d Villa ku ' biar ku abadikan bersama Aura Dya sebagai ingatan dan kenangan untuk hari tua ku...
30hb September 2011 detik permulaan bersama ibu.
.. ibu yang mengharapkan kasih sayang dan belaian dari anak-anaknya ibu yang sudah tidak mampu untuk memberi sepenuh perhatian terhadap dirinya ibu yang telah banyak bekorban demi anak-anaknya , dua tahun kebelakangan ini ibu hanya membisu tanpa rungutan ibu hanya membisu seribu bahasa melihat telatah insan yang bergelar manusia, melihat gelagat insan yang bergelar anak, dalam hati ibu hanya Tuhan yang tahu.. jiwaku memberontak jiwa ku terpanggil untuk mendekati ibu , aku dapat rasa apa yang ibu rasa sebab itu biar angin ribut melanda biar tsunami menghempas laut membenam bumi aku tetap mahu menjaga ibu kerna ibu tidak mampu untuk hidup sendirian...apa yang berlaku apa yang terjadi tidak akan ku lupakan hingga akhir hayat, "mak", ku hulur dan mencium tangan ibu selangkah ibu ke pintu di ruang tamu, ibu senyum dan memelukku.
1hb Oct 2010
Tiap pagi selepas ibu bangun , ibu akan terus mandi aku pastikan kebersihan ibu terjaga dan yang penting ibu tidak jatuh dibilik air , yang bisa aku kenangkan beginilah ibu menjaga aku waktu kecil. aku layan ibu sebaik mungkin."Mak kita mandi ok?", boleh jawab mak .mak ceria dipagi tu..masih segar dalam ingatan tiap kali aku mengajak mak mandi atau mempersilakan ibu makan pasti ibu menjawab boleh, jawapan yang sangat menyenangkan hati ku kerana dah pasti ibu gembira saat tu dan itu yang aku mahu ibu gembira dan ceria.
Membaca Al Quran
Adakala aku turut membaca surah-surah al Quran bersama-sama ibu, "Mak kita baca sama-sama atau mak ikut bacaan kita", aku bagi tasbih di tangan mak.Aku mahu mak terus mengingati ayat-ayat suci al quran.
Ibu dan aku terhibur
Sautu petang waktu aku layari laman Google, selalunya akan ku layari untuk mencari bahan yang manfaat, hari itu aku layari Youtube ku cari lagu dendangan S.M Salim , suka sangat mak mendengarnya, aku tahu ibu happy dan sekurang2 hati nya terhibur dari kesunyian dan kesepian , berulang kali aku memutarnya berulang kali ibu akan tanya lagu apa ni? hanya kerna ibu suka mendengarnya...ibu turut mengikuti ,... kalau lah hidup tidak berbudi umpama pokok tidak berbuah, bunga selasih si bunga padi kembang mekar didalam tanam , pertama kasih kedua budi yang mana satu nak di turutkan.."bagus lagu ni"..aku senyum dan ibu kelihatan mengoyang goyang tangannya... aku dan ibu sama sama terhibur...hingga kini bila aku mendengar lagu tersebut tanpa ku sedari air mata akan membasahi pipi ini..
Hasrat ibu
" Mak nak duduk bersama kamu" tiba tiba suara yang agak pelahan kedengaran oleh ku, boleh ke ?", terharu aku mendengarnya, "boleh Mak.." aku kebingungan .. hanya Tuhan sahaja tahu apa yang aku fikirkan ... Ya Allah hanya Engkau tahu apa yang aku fikirkan dan aku jadi serba salah yang ini ibu yang itu??? dan segala telah ku korbankan demi ibu yang tercinta aku tidak mahu ada yang menyakitkan hati ibu .. dia ibu ku aku harus menjaganya biar hati ku retak seribu biar jiwa ku tersiksa aku tidak mahu menjadi anak durhaka ,aku tidak mahu menjadi anak yang sombong dengan ibu sendiri, ibu mencelah lagi, " mak selalu dengar cerita dari budak budak kalau dirumah kamu.. makan apa saja ...." aku faham maksud mak kerna aku kenal diri ku sendiri aku kenal siapa aku dan mungkin ibu dapat menilainya erti sebuah keikhlasan. .. berlegar-legar aku memikirkan dengan seribu pertanyaan dan soalan , mengapa ibu berkata sedemikian , aku terjah jawapan ibu. "ialah mak, apa nak dikira dengan dunia ini", mak membisu seribu bahasa...".
18 hari ibu tidak tidur & hanya duduk disisi ku hingga ke pagi..
..boleh mak tidur disini..di bawah ni" kenapa mak tak mahu tidur diatas sofabed tu, disini nanti badan mak sakit,. "tak" jawab mak, mak nak tidur dengan awak boleh? serba salah aku dibuatnya. tidurlah mak, tapi kalau mak rasa tidak selesa mak naik ke atas tu jawabku ringkas....dan aku hairan mengapa semenjak ibu kata ibu nak duduk tidur sebelah aku tapi selama 18 hari ibu tidak tidur langsung setiap kali aku terjaga ibu duduk disisi ku hanya perhatikan aku tanpa ada rasa letih atau mengantuk ...
..ya segar dalam ingatan aku lagi 18hari ibu tidak tidur..namun aku perhatikan kesihatan ibu, ibu tetap ceria..tidak merunggut letih atau sakit. .. satu hari ibu berjalan seolah-olah ibu berada di atas bulan 'floating' ..bila ibu nak berjalan ke toilet kaki ibu melangkah tapi tak bergerak.. aku tanya ibu, "Mak kenapa kaki mak tak dapat melangkah ni, kaki mak tak bergerak hanya melamgkah ditempat yang sama , mak cuba melangkah tapi tak juga bergerak.. mak sekarang mak cakap aku nak berjalan.. mak pun cakap..."aku nak jalan..aku nak jalan" bukan apa aku nak minda atau otak mak mengikut arahan itu.. sambil mak cakap berulang kali dan sambil aku pimpin mak , mak dapat melangkah dan berjalan seperti biasa..aku dan mak senyum sendirian.alhamdulilah... ada satu malam , aku megantuk sangat jadi aku terlelap disisi mak, mungkin kerana terlalu letih aku bermimpi membawa sebuah motor, dan dalam mimpi itu ada sebuah motor hendak memotong motor aku bila motor itu menghampiri aku , aku tolak motor tu.. rupanya bukan aku tolak motor tapi aku tolak ibu yang berada di sisi aku, ibu mengucap panjang, aku tersedar aku lihat ibu sedang beristifar, alamak aku bermimipi tolak motor tapi aku tolak muka ibu.. aku pura pura tidur aku nak lihat keadaan ibu, kira-kira dalam 5 minit ibu sedar bahwa aku bermimpi .. ibu ketawakan aku.. dan aku pula pura pura tidur dan dan senyum sendirian.. aku kira 18 hari mak tidak tidur malam mak senantiasa duduk disisiku hingga ke pagi tiap kali aku tanya kenapa mak tidak tidur banyak alasan yang diberi yang peliknya mak segar seperti hari hari biasa, mak tetap ceria. Setelah ibu pulang kerahmatullah baru aku perasan dan faham mengapa ibu tidak mahu tidur?? ibu mahu bersamaku disisiku, kerana "MASA " setiap malam atau subuh bila aku tersedar ibu terus berada disisiku tanpa rasa penat atau letih."kenapa mak tidak tidur?" pasti ibu jawab mak dah tidur atau mak cari bantal kesayangan mak yang warna merah tu.
Tragedi di Pahang -Ciuman berulang ibu, membawa petanda.
Malam itu, dibulan oktober 2010, aku tersedar dengan panggilan dari ibu, ibu bingkas dari tidur menerjah dan terys mencium keseluruh pipi, muka dan dahiku berulang - ulang ibu mencium sambil ibu berkata ibu " jangan tinggalkannya, selama hampir 10-15 minit ." jangan tinggalkan mak, jangan tinggalkan mak, sambil erat memeluk tubuh ku" aku pujuk ibu., "mak sudahlah mak ngigau tidurlah..aku pegang tangan mak sehingga mak terlena semula.
Ibu banyak berdiam diri mulai Mac 2011
Perubahan ibu bermula di bulan Mac, Ibu banyak mendiamkan diri, banyak termenung, kurang berbicara dan ibu banyak mahu mencium anak-anaknya bila kesempatan bertemu, mesti ibu akan cakap, " mak nak cium itulah yang amat ketara sekali , kasih ibu sayang ibu hingga ke akhir hayat, sentuhan ciuman itu amat berbeda, wajah ibu nampak suram mungkin ibu sedih untuk berpisah dengan anak-anaknya.
- 14hb May 2011 - hari akhir aku bersama ibu.
Hari itu aku sediakan lontong buat ibu , tidak ku duga ia adalah kunjungan terakhir ibu ke teratak ku , hari itulah aku memohon ampun pada ibu, aku menghampiri ibu , mak sya nak minta ampun dan maaf , " sini mak nak cium dulu " mak sentuh pipi dan terus mencium ..sambil aku mencium tangan mak ," mak ampun dan maafkan segala kesalahan saya, halalkan makan dan minum saya, Sya sayang mak, ku pandang wajah ibu yang sudah kurang tenaga ku renung wajah ibu hingga menitis air mata..
Bawa Mak, che kal datang tu.. nak jumpa Mak..
Satu petang, mak bersuara, " bawa mak kat luar mak nak jumpa che Kal" mana ada che Kal datang mak, bukan kah che Kal tu dah meninggal.." tadi che kal datang, mak nak junmpa dia" mana ada che kal mak, "mak dah lupa" jawab ku lagi. sambil mak ambil tempat duduknya semula.
Antara Kenangan 40 hari bersama ibu
Sesampai mak dirumahku, aku lihat tubuh mak agak susut tapi masih boleh berjalan masih ceria dan masih bergurau. Rutin ku tiap hari jam 8 pagi , mak akan mandi , tiap hari lepas mandi aku akan menyikat rambut dan memakaikan mak wangi wangian, "minyak wangi apa ni ? mak suka baunya" ya.. aku tahu mak akan suka bila dia di layan ," kalau mak pakai minyak wangi ni, nanti ada yang tegur wanginya... aku berseloroh dengan mak, aku tahu bau bauan yang wangi dengan aroma yang menyegarkan sedikit sebanyak dapat menyegarkan mak tak kiralah siapa yang pakai pun kita akan merasa segar, lepas mandi breakfast tersedia diatas meja selalunya tiap pagi aku sediakan mak air susu atau milo, cornflakes,quaker oats, fried rice ala thai, half boiled eggs, roti canai, nasi lemak dan fried mihun tapi yang paling mak suka fried rice ala thai dengan telur goreng setengah masak, mesti mak cakap. "emm sedapnya'..aku happy bila lihat mak berselera makan .
Ibu nak bagi duit.
" nanti mak bagi duit awak duit "kenapa mak? kenapa mak nak bagi duit? sambil aku senyum melirik, mak ada duit?, aku mengusik ibu, " ada , nanti mak bagi.." Mak , mak simpan saja duit mak itu, sya tak perlukannya , mak simpan saja duit mak itu... mak cakap lagi, mari duduk dekat mak, aku menghampiri ibu, ibu pegang tangan ku, janganlah kemana-mana ...duduk dengan mak, mak pegang tangan ku sambil mak menciumnya, aku naikkan semangat ibu, mak, mak takut apa??? tak perlu mak bimbang atau takut, Allah senantiasa berada bersama kita, kataku pada ibu, mak hanya mendiamkan diri..Ya Allah bila sampai aku dimamah usia, mungkin begini juga aku senantiasa punyai perasaan takut dan bimbang.
Angin berbisik - Seminggu sebelum ibu pergi buat selama-lamanya .
Aku sedang beristirehat sendirian , tiba- tiba perasaan hiba menerjah ku , aku teringatkan ibu , aku membisik pada angin, Mak aku sayang mak, sayang mak dunia dan akhirat ...sayang mak sayang sangat sangat , aku sendiri tidak tahu mengapa tiba- tiba aku mengeluarkan kata-kata tersebut, seolah-olah ada angin yang membisik ditelinga ku menanya sesautu dan itulah jawapan yang ku beri pada angin bahwa aku sayang ibu dunia dan akhirat.
Teringat pesan ayah...
...ayah pernah pesan walauapa pun dia tetap ibu kamu , ibu kamu, jagalah ibu kamu , itu lah pesan ayah dulu.
Ibu ke Hospital
Aku dan abang bawa mak ke hospital, nurse telah mengambil BP ibu.. aku diberitahu BP mak 206/95..alangkah terkejut aku. aku terkejut dalam hati patut lah ibu selalu beritahu kepala ibu berpusing-pusing macam kipas laju, ibu kata pada ku" tak pernah mak macam ini" mak dekati sini , biar aku cuba ubati mak", aku membaca doa, mak teruskan dengan bacaan al fatihah dan sekarang mak cuba baring dan tidur, sebelum itu mak cuba berapa kali tapi masih kepala mak berpusing rumah bergoyang.. aku teruskan bacaan surah surah al Quran dan akhirnya mak dapat merelakskan badan, syukur alhamduliulah Allah yang mengizinkanNya. Allah jua yang memudahkanNya. Bila aku imbas kembali, aku bersyukur pada Allah yang memelihara kesihatan ibu , waktu itu...apa saja kemungkinan boleh terjadi apa lagi BP ibu yang terlalu tinggi . Semenjak ibu dibawa ke Hospital dan mendapat rawatan , tidak ada aku dengar rungutan kepala ibu berpusing dan kaki ibu juga tidak bengkak lagi..Hanya ibu tidak mahu makan seperti dulu lagi..
Wajah Suram - Mac 2011
...tidak ada gurauan dari ibu lagi..wAjah ibu mulai suram, kurang bercakap dan banyak termenung...selera ibu sudah berkurang tidak seperti hari hari sebelumnya..
Mak , Sayang semua anak Mak.
Ibu pernah menyuarakan isi hatinya , mak sayang semua anak-anak mak ..tidak ada satu pun yang kurang atau lebih , semua sama mak sayang, itulah kasih ibu terhadap anaknya , aku dapat rasa perasaan & hati ibu.
Satu Firasat- 16hb Oct 2010
Satu malam , tika aku dan mak lena dibuai mimpi malam yang indah , tiba tiba mak tersedar terus memanggil aku " jangan tinggalkan mak, jangan tinggalkan mak, jangan tinggalkan mak mak cium aku bertubi-tubi seluruh muka ku, jangan tinggalkan mak ..jangan tinggalkan mak.. " mak kataku , mak mimp ni, tidurlah Sya tak akan tinggalkan mak, tidurlah" .aku lihat jam pukul 2 pagi.hanya Allah tahu apa sebenarnya dalam hati ibu tika itu dan mulai malam itu aku rasa sesautu yang akan berlaku..
Tika ayah hidup
Dulu ayah datang dalam tidur ku memberitahu aku bahwa ayah akan jatuh sakit dan ayah mahu aku bersamanya selalu dan sekarang ibu pula datang pada ku tapi di alam kenyataan memberitahu ibu sayang aku dan minta jangan tinggalkan nya...
Hajat di hati..Sabtu 14/5
..entah lah malam tu , aku gelisah , hati perasaan terganggu asyik memikirkan ibu, jiwa ku tidak tenteram dan aku menyuarakan hajat untuk menjaga ibu 10 hari lagi dan hajat itu aku sampaikan pada kakak, kata kakak minggu depan ibu sudah nak pulang ke JB, aku kebingungan , kecewa pun ada tapi ada benar juga kerna dalam keadaan mak yang uzur membuat mak bertambah letih jika sering beralih tempat, dua hari selepas pertemuan itu aku telah bermimpi dua batang gigi jatuh, esoknya aku telepon kakak , aku tanya kabar ibu aku nak tahu keadaan ibu seperti biasa kakak pasti akan jawab ibu seperti biasa.
Ketentuan Illahi - 21hb May 2011
Petang itu aku buka facebook niat hati nak taq bacaan ayat-ayat suci al Quran seperti biasa yang aku lakukan, Satu status keluar, " Tok Wan dah meninggal" inallilah... aku kebingungan macam tak percaya sebab hampir dua minggu yang lalu aku sering menanya khabar ibu dan aku tak pernah terima berita bahwa ibu semakin lemah atau sebaliknya tapi aku dah jangka itu semua akan terjadi , banyak petanda yang aku dapati dari ibu dan kini ternyata dan segalanya berakhir ..ibu pergi buat selama .... aku redha !! ibu akan ku nanti ibu di pintu syurga.. semoga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para soleh & solehin amien.
Kata Hikmah Mak/Ayah
Kematian pasti menjemput, kehilangan ibu bukan bermakna kehilangan keluarga, kehilangan saudara, kehilangan adik beradik , bersyukur aku pada Allah yang telah menganugerahkan ayah dan mak yang baik, mereka telah mendidik kita menjadi insan yang sempurna, ayah pernah berpesan dapa ku, jangan sesekali kita sombong di bumi Allah dan sabar atas segala ujian dari Allah kerana disebalik kesabaran itu ada hikmah yang tersembunyi yang kita tidak tahu dan kata hikmah dari ibu luahkan padaku bahwa ibu sayang semua anak mak, tidak ada satu pun yg paling mak sayang semua mak sayang sama rata......begitu lah ibu memberitahu aku .
....dan aku dengar beberapa hari sebelum ibu pergi buat selamanya ibu ada memberitahu bahwa ibu ampunkan segala dosa dosa anak ibu, sedih sangat ..betapa mulia dan sayangnya ibu pada anak-anaknya..
....kini ibu sudah tiada ...yang berlaku yang terjadi telah di hadapi telah kita rasai semuanya adalah ujian dari Allah untuk menguji kita bagaimana kasihnya kita terhadap ibu , ibu yang telah banyak bekorban!!!!
0 comments