Hantu jumpa gua tadi...

11:09 AM

..Hi! satu suara menerjah ke arah aku, "..kau buat apa di hospital ni? aku tertoleh mendengar suara itu , "Hi , Nyonya lama tak jumpa.." ,Nyonya dari dan mahu ke mana ?... ,
" aku mahu jumpa suami, dia sakit dan sekarang berada di tingkat 10, pagi tadi dia suruh aku datang segera, dia bagi tau ada hantu datang jumpa dia dan goyangkan katilnya... " Nyonya mana ada hantu pagi pagi kejut orang tidur,, jawab aku " iya , kata suami aku katilnya bergoncang kuat, almari baju pun beralih tempat , aku senyum mendengar cerita nyonya itu. . dalam hati ku berkata.. ada hantu ke di hospital ni. " aku terus menemani nyonya tu sehingga ke tingkat 10 , dia kawan lama yang agak rapat juga , pintu lift terbuka , ok nyonya nanti kita jumpa lagi" , ok jawab jawab nyonya sambil melambaikan tangan. Sesampai aku ke bilik pesakit aku juga diiberitau, " Ma, pagi tadi ada gegaran di bangunan hospital ini, kami berlari bertempiaran kerana bimbangkan hospital ini runtuh.

Aku diberitahu gempa bumi yang kuat telah berlaku di Aceh sehingga menyebabkan tsunami ; Siaran televisyen tanpa henti menyiarkan kejadian yang menimpa Aceh, barulah aku tahu rupanya apa yang diceritakan oleh Nyonya tentang suaminya yang di ganggu hantu pagi itu bukanlah hantu tapi gegaran bangunan kerna akibat bencana gempa bumi yang kuat...dalam hati ...aku senyum sendiri dan terus berlalu dari situ...

You Might Also Like

0 comments

Subscribe