Hadirkan wajah ibu
12:20 PMIbu.. masih ku ingat lagi..
argh!! aku rindu ibu aku teringat ibu, terbayang wajah ibu ketika bersama ku , tarikh keramat 30hh Sept 2010, ibu begitu ceria, tika itu aku layan ibu seperti ibu melayan aku waktu kecil, waktu petang aku akan membaca surah-surah al Quran bersama-sama mak, sesekali bila aku layari laman Youtube aku pasangkan lagu S.M Salim , pantun budi , ibu suka dengan lagu itu, berulang-ulang aku pasang, sesekali ibu menyanyi , ceria ibu , sekurang2 hati nya terhibur dari kesepian." T, mak nak duduk bersama kamu" sungguh terharu aku mendengarnya," Mak anak-anak mak yang lain juga hendak menjaga dan bersama mak...mak membisu seribu bahasa. Waktu makan aku layan mak, "Mak.. Mak kena makan makanan yang berzat , mak mesti makan kalau mak nak sihat, kalau mak duduk rumah anak-anak mak yang lain pun mak minta saja apa yang mak nak makan, anak-anak mak mesti sediakan untuk mak..
18 hari Mak tidak Tidur
..aku ingat lagi lapan belas hari ibu tidak tidur.. malam mak duduk disisi aku, setiap kali aku suruh mak tidur mak akan beri alasan mencari bantal kesayangannya , aku hanya perhatikan mak . walaupun mak tidak tidur mak tidak pernah resah atau merungut.. mak tetap ceria..
Tujuh bulan telah berlalu , kini ibu tidak sesegar dulu, ibu banyak mendiamkan diri , aku lihat terlalu banyak perubahan ibu , ternyata kasih sayang ibu pada anak-anak semakin menebal, semalam aku memohon keampunan pada ibu," sini mak nak cium " mak sentuh dan seluruh pipi aku..sambil aku mencium tangan mak ," mak ampun dan maafkan segala kesalahan saya, halalkan makan dan minum saya, sayang mak " ... sayu dan pilu bila melihat wajah ibu.
Bawa Mak jumpa Che kal, dia datang tu nak jumpa Mak..
Satu petang, mak bersuara, " bawa mak kat luar, mak nak jumpa che Kal" mana ada Che Kal datang mak, bukan kah Che Kal tu dah meninggal.." tadi Che kal datang tu nak jumpa mak" mana ada Che Kal mak, mak dah lupa ke? jawab ku lagi. sambil mak ambil tempat duduknya semula..
..masih ku ingat lagi.. 30hb Sept waktu mak baru sampai dirumah ku, mula-mula aku perhatikan tubuh badan mak, wajah mak dan kesihatan mak.. aku lihat wajah mak pucat lain dari yang lain..dan aku lihat tubuh mak agak susut tapi masih boleh berjalan masih ceria dan masih bergurau .. tiap pagi rutin ku akan memandikan mak , menyikat rambut dan memakaikan mak wangi wangian, "minyak wangi apa ni ? mak suka baunya" ya.. aku tahu mak akan suka bila dia di layan ," kalau mak pakai minyak wangi ni, nanti ada yang tegur wanginya aku berseloroh dengan mak, aku tahu bau bauan yang wangi dengan aroma yang menyegarkan sedikit sebanyak dapat menyegarkan mak tak kiralah siapa yang pakai pun kita akan merasa segar, selepasa mandi akan breakfast selalunya tiap pagi aku sediakan mak air susu atau milo, cornflakes,quaker oats, fried rice ala thai, half boiled eggs, roti canai, nasi lemak dan fried mihun tapi yang paling mak suka fried rice ala thai dengan telur goreng setengah masak, mesti mak cakap. "emm sedapnya'..aku teringat perbualan aku sautu hari tika bersama ayah tu.. ayah pernah pesan pada ku" walauapapun dia tetap ibu kamu , ibu kamu, jangan ambil hati dengannya , itu lah pesan ayah dulu.
Semalam bersama ibu
Setelah kata sepakat aku berkumpul bersama family untuk bersama ibu, malam tu ibu tidak banyak cakap, jadi malam tu kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar buat kenangan, Rosli juru kameranya ada yang peluk ibu, ada yang cium pipi, cium tangan dan ada yang lentuk kat ibu...aku sangat terharu walaupun aku masih dapat tawa dan senyum tapi jauh disudut hati ... aku masih bimbang dengan kesihatan ibu.. Ya Allah .. ku mohon keampunan pada Mu ya Allah untuk ibu dan untuk diriku..lindungi ibu dari segala kepayahan dan kerumitan..
Mak ke Hospital
Aku dan abang bawa mak ke hospital, nurse telah mengambil BP mak.. aku diberitahu BP 206/95..alangkah terkejut aku. aku terkejut dalam hati patut lah mak beritahu pada ku kepala mak berpusing-pusing macam kipas laju mak kata pada ku" tak pernah mak macam ini" mak dekati sini saya cuba membaca doa, mak jangan lepas dengan bacaan al fatihah dan sekarang mak cuba baring dan tidur, sebelum itu mak cuba berapa kali tapi masih kepala mak berpusing rumah bergoyang.. aku teruskan bacaan surah surah al Quran dan akhirnya mak dapat merelakskan badan, syukur alhamduliulah Allah yang mengizinkanNya. Allah yang memudahkanNya. Bila aku imbas kembali, aku bersyukur pada Allah yang melindungi mak dari serangan stroke waktu itu...kalau silap silap tempuh hari mak jatuh tentu lain pula yang terjadi. Semenjak mak dibawa ke hospital dan di bekalkan ubat, tidak ada aku dengar rungutan kepala mak berpusing dan kaki mak juga tidak bengkak lagi..
Mak Sayang semua anak Mak
Mak pernah beritahu aku, mak sayang semua anak-anak mak ..tidak ada satu yang mak tak sayang semua mak sayang.Aku tahu kasih ibu sampai akhir nyawa. mak pernah cakap. "T jangan tinggalkan mak, mak cium aku bertubi-tubi seluruh muka ku, jangan tinggalkan mak ..jangan tinggalkan mak.. " mak kataku , mak ngigau ni, tidurlah saya tak akan tinggalkan mak, tidurlah" .aku lihat jam pukul 2 pagi.hanya Allah tahu apa sebenarnya dalam hati ibu , masih segar dalam ingatan dulu ayah datang dalam tidur ku tika belum ayah meninggal memberitahu aku bahwa ayah akan jatuh sakit dan ayah mahu aku bersamanya selalu dan sekarang mak pula datang pada ku tapi di alam kenyataan memberitahu mak sayang aku dan minta jangan tinggalkan nya...
Aku maafkan pada insan yang telah melukakan hati ini..
Setelah memikirkan sedalam dalamnya dan aku memaafkan pada insan yang melukakan hati ini walaupun terguris walaupun parah tapi bila aku fikirkan semula aku juga manusia yang tidak sempurna dan siapa lah aku yang tidak mahu memaafkannya sesama insan, ayah pernah pesan pada aku biar orang buat kita tapi jangan kita balas, kita sabar, kerna sabar itu ada hikmah disebaliknya...
0 comments