Destinasi Taman Negara Pahang

12:33 PM


Taman Negara Pahang merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan. Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara.

Jom Jalan-jalan
Kali ni jom jalan-jalan . Kita ke destinasi Taman Negara Pahang, kalau dari jeti Sungai Tembeling akan mengambil masa selama 7 jam jika hendak menuju ke Jeram Perahu, walaupun perjalanan agak lama tapi ia amat menyerokkan, selain kita dapat melihat pemandangan alam semula jadi dengan pokok-pokok yang menghijau, air sungai yang jernih dan cuaca yang redup amat mengasyikkan.

Hendak ku ceritakan pengalaman ku ke Taman Negara Pahang, tugas ku untuk mencari maklumat, aku meredah dari pukul 7 pagi hingga 7 petang baru ku sampai ke destinasi Jeram Perahu, aku makan malam bersama pekereja=pekerja resort disitu, enak juga makan beramai - ramai , makan ala kampung apa lagi ada ikan masin dan ulaman yang disediakan. Malam nya aku dan staff ku hanya berihat di resort dan berborak-borak mengenai Taman Negara Pahang ada juga sesekali kedengaran suara ngauman.. bila ku tanya pada ketua resort disitu ia kata "itu bunya suara Harimau" aku berpandangan sesama sendiri"

Esoknya jam 6 pagi aku sudah sedar, aku lihat sekeliling , semua masih tidur, ku lihat disatu sudut... ah! rupanya semalam kami tidur dengan pintu yang terbuka luas.Aku ingat pembantu Resort beritahu semalam, "tempat ni selamat " aku hanya mengangukkan kepala kerana mereka lebih arif perihal di Taman Negara Pahang.

Selepas sarapan pagi jam 9 pagi kami semua memulakan expedisi meredah hutan belantara dan mendaki bukit yang berbatu dan akan melintasi anak sungai yang agak dalam airnya.

Aku, seorang pembantu Taman Negara /Resort dan 3 staff dan seorang anak kecil yang berusia 3 tahun di bawa bersama meredah hutan, anak itu di dukung dibelakan ibunya dengan sehelai kain batik.. sangat cekal dan berani hati ibunya.. aku kagum dengan keberaniannya. kami semua menyusur di hutan, mendaki bukit curam dan menyeberangi sungai dalam perjalanan itu aku melihat tapak gajah dan tapak harimau.. mungkin ngauman harimau semalam . Aku di ingakan supaya jangan menegur jika ada nampak benda-benda yang pelik atau bercakap besar.

Dalam kepayahan mendaki corong bukit, sesekali aku memandang dan mengerling ke arah staf aku yang gagah membawa anaknya itu.. Banyak yang aku dapat belajar mengenai Taman Negara Pahang dalam trip aku ni dan ni semua mudah untuk aku mendapat info masi yang lebih tepat dan ia amat berguna dalam pengurusan pelancongan yang aku kendalikan.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe