rindu saya masih untuk awak..
11:58 PM
...awak..awak... awak.. yang ini hanya untuk awak, saya harap awak masih sudi untuk baca isi hati saya, saya sangat sedih ... kenapa ya awak bila saya mulai percaya dengan awak, kata-kata awak , janji awak pasti ada yang meragukan saya seperti malam ni, saya rasa ada yang tak kena dengan awak, awak kata saya aneh, dimananya aneh saya, rasanya tak salah kalau saya tak membenarkan wajah saya di lihat awak, kalau awak sudi berkawan bersama saya, silalah saya tak pernah memaksa awak untuk menyukai saya , apa lagi untuk menyayangi saya.
...awak..awak pernah kata awak sayang saya sampai akhir hayat, saat itu saya tak tau apa nak cakap apa, saya terkejut dengan kenyataan awak itu..awak saya tak akan lupa tarikh 6hb febuary, tarikh keramat buat saya, awak membisikan ketelinga saya, " sayang malam ni awak sah menjadi isteri saya" awak tahu , itulah hadiah yang paling istimewa buat saya segala-gala indah, tika itu saya tak terkata..
awak bagaimana agaknya saat saya jumpa awak bila waktunya tiba?, saya tahu saya akan gementar tak tentu arah.. dan bagaimana pula,,ek.. perasaan awak?... saya takut awak, saya takut untuk bertemu awak..walau pun kita harus tempuhi saat itu.. kerna itu satu kepastian ...awak saya rindu nak dengar suara awak secara live, saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak minum petang bersama awak, awak kalau saya jumpa awak akan saya bawa baju melayu teluk belanga warna hijau kesukaan awak, saya nak lihat awak memakainya nanti, awak tujuh bulan kita berkenalan segala rintangan segala cabaran kita tempuhi bersama, tapi malam ini saya dapat tahu awak menyayangi sesaorang, saya tahu..betul ke awak??? kalau benar, biar saja saya pergi membawa diri.. awak dah lama saya menunggu awak, hingga kini kita masih berterusan begini, saya masih ingat awak pernah cakap " tidak ada wanita lain yang saya cintai seperti saya cintai awak" tak pernah saya rasa awak menipu saya, dari penjelasan awak itu, dan dari kata-kata cinta awak itu, " saya kenal eri hidup saya kenal makna bahgia" dan dari awaklah saya kenal erti setia cinta dan sayang... terima kasih awak, cuma saya nak beritahu awak, kalau saya sanggup berkorban untuk tidak menghubungi atau mengenali lelaki lain, mengapa awak tidak? kalau awak kata awak cemburu, saya juga cemburu .apa yang awak rasa itulah yang saya rasa, saya harap awak faham saya, faham hati dan perasaan saya..
0 comments