Dimana kebahagiaan....
10:21 PM
Rasa hati terhiris  pilu..jiwa memberontak..perasaan berkecamuk...kadangkala membuatkan ku  terfikir, kenapa hidup ini begini? kenapa dugaan yang sebegini besar  hadir dalam hidupku sedangkan aku hanya insan yang tersangat lemah.. aku  mencari segala kekuatan aku.. tapi, aku tak jumpa..aku tunduk pada  kelemahan aku sendiri. aku tak cuba melawan kelamahan aku.. aku  berserah.. betapa kerdilnya diri aku..
aku mencari-cari sinar..tapi segalanya samar... apakah aku tersilap  langkah? adakah segala pintu kebabahagiaan sudah tertutup untuk ku? atau  adakah aku yang tidak tahu mencarinya pada jalan yang betul? aku  terduduk sendirian.. menangisi dan terus mencari, apa silap aku?
aku berjalan lagi.. menyusuri perjalanan ini.. namun, ku hampa..aku  kecewa.. kepahitan telah menanti aku sedangkan aku mencari kemanisan..  aku jatuh lagi.. aku mengeluh lagi.. kenapa?? kenapa aku??? kenapa.....  dalam keluhan hatiku terdetik, di manakah letaknya kemanisan? adakah  segala kepahitan ini aku terbalas dengan kemanisan suatu masa nanti?  bilakah saat kemanisan yang paling indah akan hadir dalam hidupku....???
aku termenung  sendirian..sudah penat diri ini mencari  kebahagiaan,  mencari ketenangan,  tapi  kehampaan yang menular diri ini, aku hampir rebah,  aku bangun melangkah, hingga pernah buat aku terfikir, biarlah aku  di sini.. biarkan aku sendirian melayari penderitaan... pergilah kau dengan kebahgian mu pergilah engkau dengan kemanisan hidupmu, jika aku ni tidak bermakna buatmu, kalau kau tidak menghargai pengorbanan aku selama ini
namun...
di saat aku kepenatan, ada insan yang menghulurkan tangan.. memimpin aku  mencari jalan keluar.. dia menyedarkan aku betapa hidup ini sentiasa  berselang seli antara kemanisan dan kepahitan, ia banyak  memberikan kata-kata  semanat pada aku... memberikan segala kekuatan padaku.. memberikan satu  pelukan untuk aku,
sekarang aku bahgia dengan kehadirannya ia dapat memenuhi jiwa ku yang haus dengan kebaikan dan kebahgian hidup.
Terima kasih fren, terima kasih kerana memahami hati dan perasaan ini.
0 comments