Terima Kasih Mama

11:50 AM



Aku tersedar dari tidur ke, ku lihat jam, oh! pukukl 5.30 pagi, Bella tersedar , "mama badan Bella panas", aku sentuh tubuhnya..ohh ! panasnya, aku mencapai tuala kecil yang ku basahkan untuk membalut tubuh Bella untuk mengurangkan suhu panas dibadanya.. aku merenung wajah Bella, anak kecil yang comel, anak kecil yang tak mengerti apa-apa tak tahu tapi bijak dalam berbicara, bijak dalam memahami sebuah kasih sayang . Aku teringat kata-kata Bella semalam, " mama are you okay? sambil sentuh dan tepuk-tepuk bahu ku,," mama, mama ok," budak berusia lima tahun dapat menyelami hati dan perasaan ibunya , aku pandang Bella , " I'm ok Bella.. Bella tepuk-tepuk lagi bahu ku, Bella cium pipi dan peluk tubuh " I love you mama, aku senyum pandang Bella, " ya mama juga sayang Bella" seminggu ini Bella sering memeluk dan mencium pipi ku, cuma kalau badannya panas Bella akan kelihatan letih. Aku merenung lagi wajahnya, mengalir air mata membasahi pipi..

Apa yang tidak dapat aku lupakan pada hari Bella di masukkan ke wad, pagi tu, tiba tiba Bella mengeluarkan isi hatinya, " mama terima kasih kerana mama menjaga Bella di hospital' aku amat terkejut, anak yang berusia lima tahun pandai menilai sebuah kasih sayang dan pengorbanan. Oh Tuhan, terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang baik dan cerdik.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe