aku Yang tidak Matang
2:43 PM
Aku  Yang tidak Matang.. hehe
Salam  semua, pagi ini hujan .... aku  mengelamun sendirian.. teringatkan  tika aku  berusia   lima belas, waktu itu  dalam alam persekolahan  aku  mulai diminati  insan yang bernama lelaki, entah kat mana yang dia orang tertarik kat aku, aku pun tak tahu .. masih aku teringat lagi  seorang pelajar lelaki mencampak surat sambil lalu ditepi kelas aku..dan pernah juga yang membaling  surat tika  aku berada dalam bas.. nak gelak pun ada nak marah pun ada  waktu tu..ada juga masa di sekolah meluahkan perasaan suka pada aku..  sautu hari. kawan baik aku Mardiah menghulur  sepucuk surat pada ku, "Nur ini surat dari peminat ko" selamba aku jawab , sebab aku tahu mesti dari peminat aku, " aku tak mahu buangkan sahaja,  aku tak mahu menerima" waktu ituy siapa saja mahu berkenalan dengan aku, aku jadi marah, mungkin aku tidak cukup matang...aku akan meyumpah kalau ada yang berkata suka pada aku,  kata Mardiah " ko baca je surat tu tak baik kalau  ko buang". Mardiah cuba memujuk, bila Mardiah menyebut perkataan tak baik, aku mulai rasa bersalah dalam diri, kerna aku tahu ia adalah sikap sombong diri dan kalau aku buang  aku rasa berdosa .. Mar, ko baca kan untuk ku dengar ia kata Mardiah, " Salam perkenalan buat Nur yang sangat aku minati, maaf akan kedatangan surat tanpa di undang ini, aku nak meluahkan persaan aku pada ko Nur,,aku Mohd Shah tingkatan 5A yang ingin berkenalan, harap ko sudi.terima kasih, ringkas saja surat itu. Aku yang tidak  pernah menyukai lelaki dan tidak pernah ada perasaan suka pada lelaki waktu itu... ia menjadikan aku marah, buangkan sahaja surat itu minta ku pada Mardiah, macam biasa lah aku akan menyumpah ..Mardiah hanya memerhatikan sahaja gelagat aku.
0 comments